TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 70)
Kabul (IV)
Kerja saya & warga kerja Amanie hampir selesai di sana di pertengahan tahun 2015. Akhon Jan Rustaqi (dalam foto), banyak membantu kami. Beliau Pemangku Ketua Jabatan Perbankan Islam, DAB. Juga alumni UIAM. UIAM memang banyak membantu pelajar2 dari Afghanistan sejak dari era Mujahidin.
Saya teruja dengan keberanian warga kerja Amanie yang sanggup berada di Kabul yang menakutkan. Maya Marisa. Aiman Rashid. Mark Smyth. Roslan. Zikri. Zulkifli. Ada di kalangan keluarga mereka yang menghantar mereka di KLIA sebelum ke Kabul dengan linangan air mata. Ini mungkin kali terakhir detik bersama orang disayangi.
Saya pun telah berada di sana beberapa kali. Sebaik sahaja menaiki pesawat untuk balik ke Dubai, ikatan hati yang terjerut dengan ketakutan akan terlepas bebas. Darah & oksigen mengalir laju.
Sejak saya belajar di Kuwait, saya sudah mengikui perkembangan Afghanistan khususnya era mujahidin. Pemimpin beberapa golongan mujahidin selalu datang ke Kuwait. Saya dengar ceramah mereka semua. Saya juga ada dua rakan dari Afghanistan yang sama2 belajar di Fakulti Syariah.
Selepas era mujahidin, timbul golongan Taliban yang bermula dengan niat baik bagi membersihkan Afghanistan dari maksiat & korupsi. Gerakan ini diasaskan pelajar2 Syariah (Taliban bermakna pelajar). Mereka mengambil pendekatan senjata melawan kuasa2 barat di Afghanistan seperti dilakukan golongan mujahidin sebelum ini.
Malangnya, mereka juga menggunakan pendekatan senjata kepada rakyat mereka sendiri. Dengan kekuatan hujung senapang, banyak perkara dilakukan atas nama Islam. Keadilan. Larangan golongan wanita belajar. Jihad. Kebebasan rakyat terkongkong. Yang paling teruk, rakyat sentiasa rasa terancam.
Sepanjang saya di sana, saya banyak berinteraksi dengan semua golongan: ulamak, ahli politik, pegawai kerajaan & pihak swasta. Niat baik Taliban telah bertukar menjadi mimpi ngeri. Mereka terlalu sempit minda. Mereka juga ekstrim dalam polisi & tindakan. Jangan kita menilai seseorang melalui pakaian @ slogan @ laungan.
Adakah anda ingin hidup dalam keadaan di mana semuanya dipimpin secara 'fear' & arbitrari? Islam lebih tinggi dari cara kepimpinan ini.
MDB
同時也有4部Youtube影片,追蹤數超過118萬的網紅johannes liong,也在其Youtube影片中提到,#sby #ahy #moeldoko...
「korupsi」的推薦目錄:
- 關於korupsi 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最讚貼文
- 關於korupsi 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳貼文
- 關於korupsi 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳貼文
- 關於korupsi 在 johannes liong Youtube 的最讚貼文
- 關於korupsi 在 johannes liong Youtube 的精選貼文
- 關於korupsi 在 johannes liong Youtube 的精選貼文
korupsi 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳貼文
FEKAH HALAL & HARAM DALAM KEHIDUPAN ( SIRI 13)
Susunan Fail
Fail adalah suatu yang biasa dalam pentadbiran samada di pejabat tanah, cukai, perlesenan, universiti malah di mahkamah. Kadang2 kuasa menguruskan fail ini untuk didahulukan atau dikemudiankan terserah kepada bos besar & kadang2 ditentukan pembantu bos besar.
Di mana fekah halal & haram di sini?
Kalau apa2 yang sepatutnya dicepatkan tetapi sengaja dilambatkan (apatahlah dihilangkan) atas dasar kepentingan pihak tertentu atau rasuah atau didorong oleh rasa bodek atau rasa terhutang budi, antara pelbagai sebab2 lain (semua ini diungkap dengan hanya satu ungakapan dalam al-Quran iaitu al-batil) ini semua adalah satu kesalahan. Ada fekah haramnya di situ.
Kalau mencuri atau membunuh atau meminum arak, mungkin disiasat & dijatuhkan hukuman. Tapi menterbalikkan fail dalam sebuah kamar atau pejabat yang tertutup....ahh...siapa tahu. Di sinilah selalu terputus mata2 rantaian hukum fekah dalam kehidupan. Ia lenyap. Tiada ulamak & pemikir agama yang bising tentang ini. Di sini juga bermula segala jenis korupsi & penganiyaan hak manusia sesama manusia.
Saya pun tidak sedar fakta ini sehinggalah pada awal tahun 2000an. Saya membaca kitab al-Ahkam al-Sultaniyyah karangan Imam al-Mawardi. Ia sebuah buku tentang tanggungjawab pemerintah khususnya seorang hakim. Peliknya, bab tentang penguasa & hakim hanyalah beberapa muka surat sahaja. Bukan semua halaman tentang hakim; adab & tanggungjawab.
Jadi, apa dah jadi dengan buku ini? Ia menceritakan tentang etika & tanggungjawab pembantu2 seorang hakim. Setiap orang yang rapat dengan hakim & kamar mahkamah.
Di sinilah saya banyak berfikir. Ada yang tak kena yang mendesak Imam al-Mawardi menulis tentang perkara ini.
Banyak sangat konklusi minda saya. Antaranya, saya terfikir kadang2 keadilan boleh dilambatkan atau dilenyapkan akibat sikap & perangai pembantu2 seorang hakim. Fail boleh diterbalikkan atau dihilangkan dengan mudah. Tidak siapa yang sedar.
Dalam dunia moden, saya dengar banyak cerita macam ni. Adakah anda dengar juga?
#fekahhalalharam
MDB
korupsi 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳貼文
FEKAH HALAL & HARAM DALAM KEHIDUPAN (Bhg 9)
Ekosistem Korupsi
Saya dah ceritakan skesta ringkas Hj Baharin & Hj Man. Ramai pembaca memetik 3 kemungkinan kesalahan: salah guna kuasa yang ada kaitan rapat dengan RPT, penzahiran yang tidak mencukupi & melanggani insurans konvesional.
Saya dah kupas isu RPT. RPT & salah guna kuasa memang berjangkit. Isu penzahiran kepentingan yang tidak mencukupi saya akan kupas dalam skesta2 lain.
Adapun isu insurans konvensional, ini memang berita malang dalam masyarakat Islam. Bila sebut termakan najis babi, boleh termuntah keluar apa yang termakan. Tapi menyimpan wang di bank konvensional atau meminjam di bank konvensional atau memajak gadai secara konvensional, macam tak ada apa2. Najis riba macam lalat terbang di muka sahaja.
Ada yang tak kena dalam masyarakat. Fekah halal & haram dalam bab kewangan & tata kelola masih pusar & kabur malah di kalangan agamawan. Nanti kita cuba rungkai.
Ramai pembaca tak nampak letak duduk Hj Man. Sesunggut governance umat amat lemah.
Apa pandangan anda tentang Hj Man? Hj Man adalah sebahagian ekosistem. Kejahatan (& juga kebaikan) memerlukan ekosistem. Kejahatan tidak boleh berlaku sendiri. Hj Man kena menegur & membantah. Perlu beritahu kepada AJK lain. Pihak akauntan & auditor malah Jabatan Agama sebahagian dari ekosistem. Semua bertanggungjawab.
Di mana fekah ekosistem (kejahatan & kebaikan) dalam masyarakat?
Ayat 188 al-Baqarah, "Dan janganlah kamu memakan harta kamu di antara kamu dengan jalan batil, dan jangan pula menghulurkan harta kepada hakim2 kerana hendak memakan sebahagian dari harta manusia dengan berbuat dosa, padahal kamu mengetahui".
Bolehkah hakim/penguasa/pentadbir mengambil rasuah secara langsung? Jarang berlaku. Mesti ada banyak lapisan & perantaraan. Kita jarang bincang rasuah dalam fekah & maqasid Shariah. Kita sibuk bincang kes kecurian & hudud sedangkan kes kecurian sudah semakin berkurangan disebabkan teknologi & kawalan sekuriti. Rasuah pula berleluasa.
Ekosistem rasuah (& kejahatan lain) lenyap dalam fekah halal & haram.
Apa maksud "di antara kamu", "dengan cara batil", "sebahagian harta", "dosa" & "dengan pengetahuan" dalam 188 al-Baqarah?
MDB
korupsi 在 johannes liong Youtube 的最讚貼文
#sby #ahy #moeldoko
korupsi 在 johannes liong Youtube 的精選貼文
#sby #ahy #kpk