*LAPORAN POLIS TERHADAP ISU KARTEL DAGING HARAM*
1. Hari ini Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah membuat satu *laporan polis* berhubung dengan pendedahan media massa berkaitan kegiatan kartel penyeludupan daging import haram yang diragui status Halal.
2. Pendedahan ini telah menimbulkan keresahan dan kegusaran di kalangan masyarakat khususnya umat Islam kerana melibatkan *status bekalan daging import Halal* yang meluas di pasaran dan didakwa sudah berlaku sejak *40 tahun lalu.*
3. Pemuda UMNO juga telah memperolehi beberapa maklumat penting yang melibatkan agensi Kerajaan yang terlibat secara langsung dalam *aspek pemeriksaan, pemantauan dan penguatkuasaan melibatkan pemprosesan daging, rumah sembelih dan loji pemprosesan hasilan haiwan di luar negara.*
4. Sebagaimana yang sedia maklum, urusan pemantauan, pemeriksaan dan penguatkuasaan terhadap pemprosesan daging di luar negara melibatkan beberapa agensi termasuk yang utamanya *Jabatan Pemeriksaan Veterinar (DVS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).*
5. Manakala bagi aspek keselamatan makanan halal pula, beberapa agensi lain juga terlibat bersama JAKIM seperti *Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan Bahagian Penguatkuasaan Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FOSIM).*
6. Memandangkan banyak agensi dan institusi yang terlibat dalam urusan kawal-selia, pensijilan, pemeriksaan dan penguatkuasan industri Halal di negara ini, maka PEMUDA UMNO mendesak agar ditubuhkan segera *PASUKAN KHAS yang turut melibatkan Polis DiRaja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)* agar segala siasatan dapat dijalankan secara *pantas dan bersepadu.*
7. Beberapa persoalan yang rakyat berhak mendapatkan maklumat tepat dan jelas mengenai isu kartel daging haram ini termasuklah:
(i) Siapakah *dalang yang bertanggungjawab* menguruskan proses import daging sejuk beku yang diragui status Halalnya?
(ii) Mengapakah berlakunya *monopoli kilang pemprosesan daging halal* terutamanya di China, Thailand dan India?
(iii) Kenapakah Jabatan Pemeriksaan Veterinar (DVS) hanya *menghadkan beberapa kilang sahaja* di China, India dan Thailand untuk mengeksport ayam dan daging ke Malaysia?
(iv) Apakah DVS dan JAKIM melakukan *pemeriksaan secara berkala setiap tahun* untuk memastikan status Halal, kesihatan (pencegahan penyakit berjangkit daripada binatang) dan kebersihan kilang-kilang yang diberikan kelulusan status Halalnya? (Daripada maklumat yang Pemuda UMNO perolehi, kali terakhir dua kilang utama yang membekalkan daging ayam di China dibuat pemeriksaan adalah pada *20 Januari 2016 setelah mendapat pensijilan*).
(v) Apakah benar DVS tidak pernah mengeluarkan sebarang *Permit Import (AP) ekor lembu (Oxtail)?* Justeru apakah status halal ekor lembu yang begitu banyak berada di pasaran tempatan yang dikatakan kebanyakannya diimport dari luar negara terutamanya dari Argentina?
8. Berdasarkan beberapa persoalan dibangkitkan di atas, Pemuda UMNO mendesak agar siasatan segera secara bersepadu harus dilakukan melalui PASUKAN KHAS melibatkan PDRM dan SPRM, bagi segera mendakwa dan mendedahkan *individu-individu dan syarikat-syarikat yang terlibat dan disyaki terlibat* dalam segala bentuk penyelewengan termasuk melibatkan rasuah.
9. Pemuda UMNO juga menuntut agar siasatan secara telus dan pantas dilakukan agar keyakinan dan kepercayaan rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap *logo Halal Malaysia dapat segera dipulihkan dan dipelihara.*
*Dr Asyraf Wajdi Dusuki*
_Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia_
28 Disember 2020
同時也有9部Youtube影片,追蹤數超過3,530的網紅Iena Eliena,也在其Youtube影片中提到,Baju Raya Cantik Berkualiti di https://zalora.prf.hn/l/708dazW Cik iena kongsikan vlog Cik iena berbuka puasa di Thai Luck taman desa sebelum PKP3.0...
「makanan thailand halal」的推薦目錄:
- 關於makanan thailand halal 在 Papa Azri Facebook 的最讚貼文
- 關於makanan thailand halal 在 Aku Sis Viral Facebook 的精選貼文
- 關於makanan thailand halal 在 Zyzool Mira Travel Facebook 的最佳解答
- 關於makanan thailand halal 在 Iena Eliena Youtube 的最佳解答
- 關於makanan thailand halal 在 Iena Eliena Youtube 的精選貼文
- 關於makanan thailand halal 在 Iena Eliena Youtube 的最佳貼文
- 關於makanan thailand halal 在 Makanan HALAL Di ICON SIAM BANGKOK - August 2022 的評價
- 關於makanan thailand halal 在 Pemborong Makanan Halal Thailand HQ - Home | Facebook 的評價
makanan thailand halal 在 Aku Sis Viral Facebook 的精選貼文
NOVEL CORONAVIRUS 2019 CoV
#NewInfo #SharingIsCaring
Inilah tempatnya di Wuhan, China punca bermula nya strain virus terbaru dinamakan sebagai “Novel Coronavirus 2019 CoV”. Ia adalah dari keluarga strain virus SARs dan MERs.
“Novel Virus” bermakna virus yang tidak pernah kita temui sebelum ini (emergent) atau berkembang dari keluarga yang sama tetapi dalam bentuk yang baru (extant).
Bagaimana semua ini bermula dan kenapa dari China? Musuh yang tersembunyi adalah virus yang berada didalam haiwan dan berjangkit kepada manusia, kemudian disebarkan sesama manusia. Dikalangan saintis kita memanggil virus tersebut sebagai “the hidden enemies”. Penyakit berjangkit yang muncul kerana jangkitan virus ini, malah bacteria atau parasite yang berpunca dari haiwan ini kita panggil “zoonosis” atau zoonotic disease.
Bangsa China memakan hampir apa sahaja yang merayap dibumi juga terbang di angkasa. Malah di Wuhan tempat dikatakan bermulanya virus ini adalah pasar menjual binatang liar dinamakan Huanan Seafood Market yang juga menjual 112 jenis binatang liar yang hidup.
Virus SARs yang muncul pada tahun 2003, turut membunuh Dr Carlo Urbani dari WHO (World Health Organisation) yang pertama kali menemuinya dari pesakit bangsa Amerika yang dimasukkan ke hospital di Hanoi, bermula dari kucing civet— antara binatang kegemaran sebagai makanan (delicacy) di China selain daripada mereka juga sangat suka memakan anjing dan kucing biasa. Anjing terutamanya dibuat sup dan dimakan dimusim sejuk kerana dikatakan boleh memanaskan badan.
Senarai harga yang beredar di internet di China untuk perniagaan di pasar Wuhan menyenaraikan produk haiwan atau produk berasaskan haiwan termasuk musang hidup, buaya, anak-anak serigala, salamander gergasi, ular, tikus, burung merak, landak, daging unta dan binatang liar yang lain; 112 jenis semuanya.
"Segera disembelih, dibekukan dan dihantar ke pintu rumah anda," tertera bersama senarai harga pemborong, "Tempat ternak binatang liar untuk orang ramai", tambahnya lagi.
Kerajaan China memejamkan mata terhadap penyeludupan binatang liar kerana memakannya adalah budaya mereka.
Terbaru 17 orang telah maut dan 547 orang terkena jangkitan di China. Namun seperti biasa China akan merahsiakan angka. Saintis dari Imperial College of London mengatakan sekitar 4,000 orang telah terkena jangkitan di Wuhan sahaja sehingga 18 Januari.
Bermula 10 Jan hingga 18 Feb, 450 juta bangsa China akan melakukan 3 ribu juta perjalanan merayakan tahun baru China. Ia terjadi pada masa yang paling kritikal, penghijrahan sementara manusia terbesar didunia. Wuhan adalah salah satu hub perjalanan seterusnya di Tengah negara China.
Setakat ini tidak ada “vaccine” untuk memusnahkan Coronavirus. Ada vaccine dalam percubaan di US dan China tetapi tidak mencukupi untuk semua penduduk. Dalam bahasa yang mudah tidak ada ubat untuk melawan penyakit akibat serangan Coronavirus yang boleh menyebabkan kegagalan sistem pernafasan.
Ia boleh menjadi pandemic atau wabak keseluruh dunia kerana perhubungan moden antara manusia yang pantas. Di US hari ini, satu kes jangkitan telah dapat dikesan di Washington, seorang lelaki berumur dalam 30an yang baru kembali dari Wuhan kini berada di hospital. Setakat ini jangkitan telah juga dapat dikesan di Jepun, Thailand, Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan dan Mexico.
Coronavirus boleh membiak sangat cepat melalui proses “clone” dengan menyalin DNA induknya. Mereka tidak ada jantan betina, sebaliknya memecahkan dirinya menjadi jumlah yang banyak dalam masa yang singkat melalui proses yang dipanggil “mitosis”.
Korea Utara telah menyekat semua pelancung dari memasuki negaranya, dari China atau bukan dari China.
Persidangan tergempar WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) telah pun telah pun berlangsung di Geneva sebentar tadi. Persidangan akan bersambung besok. Sudah jam 9:18 malam hari Rabu di Geneva sekarang.
يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik (حَلَالًا طَيِّبًا) dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.
Surah Al Baqarah ayat 168.
Allahuakbar.
CnP
makanan thailand halal 在 Zyzool Mira Travel Facebook 的最佳解答
Ramai tanya nape tak bawak rice cooker? Nape bawa cooking set? Hehehe sebenarnya cooking set nih dah wujud sejak zaman bujang zaman bercinta lagi 😅
-
Kiteorang kalau naik gunung memang bawa cooking set. Opss bukan kiteorang 😂 Zyzool yang bawakkan dalam bag gabak 😅
-
Ada satu lagi alat tambahan sebenarnya iaitu camping stove yang kami akan bawa. Mira bawa satu. Zyzool bawa satu. Ni time naik gunung dulu laaaa. So atas puncak kita masak nasi, masak lauk kalau malas sangat masak Maggi 😋 hehe sejuk atas puncak pastu dapat Maggi panas-panas aduh asyikkkkkkkk
-
Ok bila dah jadi Family Travel now hehe kiteorang suka stay Guesthouse. Guesthouse ni ada dapur dalam bilik tido atau dapur terbuka semua boleh guna. Jadi kami akan guna cooking set kami sendiri yang dijamini bersih dah wangiiii hahaha
-
Lagi satu cooking set ni ringan berbanding rice cooker
-
And kiteorang bawak set ni bila ke negara yang susah dapat makanan halal atau makanan halal yang tak sesuai dengan tekak.
-
Gi travel indonesia, thailand & brunei malah bercuti dalam tanah tumpah negaraku kiteorang tak la nak penatkan badan bawa cooking set ni 😅
-
Tapiiiiii kalau naik gunung negara di atas tersebut wajib laaa bawak sebab nak masak teh atas puncak 😂
-
Kalau korang nak masak nasi cantik dalam cooking set ni boleh berguru dengan Zyzool. Memang cantik kejadiaanya macam masak kat rice cooker hehehe 🤓
makanan thailand halal 在 Iena Eliena Youtube 的最佳解答
Baju Raya Cantik Berkualiti di https://zalora.prf.hn/l/708dazW
Cik iena kongsikan vlog Cik iena berbuka puasa di Thai Luck taman desa sebelum PKP3.0 di Kuala Lumpur.
Nota : Video dirakam sebelum PKP 3.0
#ienaeliena #blogger #malaysianblogger #lifestyleblogger #food #foodie #foodporn #foodbloger
kuala lumpur,street food,thai lucky charm,thai foods,thai cuisine,thai cuisine recipes,thai cuisine recipes vegetarian,makanan thailand,makanan thailand yang terkenal,makanan thailand halal,restoran thai sedap,restoran thailand viral,thai best food,tom yam,tomyam ayam,tomyam sedap dan mudah,tomyam sedap resepi,kedai thai sedap,best thai restaurant,taman desa damai,masakan thailand
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/FU_py7YHNWs/hqdefault.jpg)
makanan thailand halal 在 Iena Eliena Youtube 的精選貼文
Cik iena Kongikan Vlog pengalaman pertama makan di Thai Luck Taman Desa Kuala Lumpur. Sebenarnya ni Video lama tahun lepas. Macam biasa disebabkan nak clearkan memori phone iena upload vlog dekat youtube :)
Keseluruhannya Cik iena sangat suka masakan dekat Thai Luck memang sedap macam Cik iena makan di Thailand :)
untuk korang yang di kuala lumpur, memang Thai luck antara restoran thai sedap yang Cik iena suggest. Selepas makan pertama kali disini. Cik iena memang selalu ke sini dan selalu update insta story jela. Bila nak clearkan memori ni iena updload video yang iena rakam.
Biasalah iena rakam video buat insta story lepastu lupa nak compile update dekat youtube :D
#ienaeliena #blogger #malaysianblogger #lifestyleblogger #food #foodie #foodporn #foodbloger
kuala lumpur,street food,thai lucky charm,thai foods,thai cuisine,thai cuisine recipes,thai cuisine recipes vegetarian,makanan thailand,makanan thailand yang terkenal,makanan thailand halal,restoran thai sedap,restoran thailand viral,thai best food,tom yam,tomyam ayam,tomyam sedap dan mudah,tomyam sedap resepi,kedai thai sedap,best thai restaurant,taman desa damai,masakan thailand
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/JQC8mZHg0AA/hqdefault.jpg)
makanan thailand halal 在 Pemborong Makanan Halal Thailand HQ - Home | Facebook 的推薦與評價
Pemborong Makanan Halal Thailand HQ ; Lay's Malaysia. Food & Beverage Company. 4,686 people like this ; Pemborong lokching dan sosej Thailand. Grocery Store. ... <看更多>
makanan thailand halal 在 Makanan HALAL Di ICON SIAM BANGKOK - August 2022 的推薦與評價
Makanan HALAL Di ICON SIAM BANGKOK | Thailand | August 2022#Icon siam #tempatmenarikdiBangkok #Halalfood # Thailand # Halal Street ... ... <看更多>