15 Tanda korang ahli neraka, No 11 amat terkejut tapi ramai yang buat.
1.Korang berhutang dengan Along
Hutang dengan kakak sulung korang yang bernama Along takpe, tapi jika korang berhutang dengan Along, korang akan miskin di dunia kerana riba(bunga) Along sangatlah tinggi, dan korang juga akan miskin di akhirat kerana Allah melaknat mereka yang terlibat dengan riba, eh, korang bukan miskin di akhirat, tapi akan diazab.., dan mungkin didunia juga korang akan diazab, seperti dikurung oleh Along dalam bilik bawak tanah minum air paip dan makan roti expired, sebelum anggota badan yang penting dipotong-potong..
Maka nasihat saya, jangan jadikan diri kita ni sehina hina manusia dalam islam bila kita sanggup berhutang dengan Along kapir yang bunganya berjalan mengikut kiraan hari…, nak beli perabot, nak beli TV LCD, nak beli patung bangau untuk letak tepi kolam kecik dalam pagar rumah,, tak payahlah nak berhutang dengan Along,.., carilah jalan lain.., kita orang islam, dah tahu Along itu haram, buat apa nak berhutang jugak.., Allah laknat, tak selamat dunia akhirat, tak berbaloi kena potong tangan atas kesalahan bukan hudud, cukuplah kerandut zakar dipotong waktu kecik, sila ambik pengajaran dan bertaubatlah..
2.Ada Kad Kredit tapi tak laku sebab dah kena block.
Jangan emosi dulu, sayapun ada Kad Kredit, bagi saya kad kredit adalah untuk orang bijak yang malas bawak duit atas factor keselamatan atau menjimatkan masa dan belanja tanpa dikenakan cukai tahunan atau riba kerana bayar pada tarikh sebelum riba bermula, tetapi bagi mereka yang slow dan mudah diperbodohkan, mereka akan belanja sampai habis limit kad yang melebihi pendapatan bulanan dan bayar bulanan hutang dengan jumlah paling minimum… (itu yang bayar, yang tak bayar lagi bangang)
Bila korang berhutang guna kad kredit, maka riba akan berjalan, apatah lagi korang berhutang untuk beli perkara sampah seperti (masukkan sendiri barang mewah yang korang banggakan tapi takde siapa pedulipun).., dan riba kad kredit adalah riba yang paling tinggi dalam semua riba yang di’halal’kan oleh kerajaan., sendiri mahu ingat!
Kalau korang diistihar muflis kerana kad kredit, saya tak tahu nak cakap apa.., ok, saya tahu:
"Wahai sahabat,, bayarlah hutang cepat cepat dan bertaubatlah jika tak nak masuk neraka.. aduh.."
3.Pinjam duit kawan dan melengah-lengahkannya.
Pinjam duit kawan, adik beradik, saudara mara, adalah tidak salah, Nabipun berhutang, lagipun pinjaman sebegini takde riba, sangat bagus.., tapi jika korang tangguhkan bayar hutang sehingga menyusahkan kawan, adik beradik, saudara mara, PTPTN dan MARA, maka ingatlah, apabila kawan, adik beradik, saudara mara, PTPTN dan MARA yang korang lengah-lengahkan hutang tu mati tanpa sempat korang bayar, maka bersedialah untuk bagi pahala korang pada mereka jika korang jenis solat awal waktu, tapi jika korang jenis solat lengah lengah, sama macam bayar hutang lengah lengah, maka bersedialah untuk ambik dosa mereka dan masukklah korang ke dalam neraka dibakar doa laknat PTPTN, MARA, YAYASAN, kawan, adik beradik, dan saudara mara…
Berdosa dengan Allah, ada peluang untuk diampunkan, tapi bila mati dengan bawak hutang maka sengat besar seksanya diakhirat.., sudahlah hidup didunia orang benci, mati pulak masuk neraka, aduh!
Ps: Tolong jangan ambik gambar makan durian jika hutang kawan kawan bekum bayar.
4.Ambik rasuah.
Ni lagi satu masalah besar dalam Negara selain dadah, denggi, dan pembakaran terbuka ditepi jalan.., arghh, saya malas nak cakap banyak, sebab selalu keluar iklan dalam Tv iaitu mereka yang rasuah akan di penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan, dan saya tambah, korang juga akan masuk neraka!
Nabi bersabda dalam hadith yang diriwayatkan at-Tirmizi bermaksud: "Penerima dan pemberi rasuah akan ditempatkan di dalam api neraka.
5.Jarang balik kampung
Orang tua dikampung sangat rindu pada korang, tapi korang sebab belanja besar dalam hidup beli barang mewah yang korang banggakan tapi takde siapa pedulipun, akhirnya hujung bulan takde duit, lalu setahun dua kali balik kampungpun payah.., kenapa?
Alahai tak kan tak tahu, nak balik kampung, naik kereta minyak mahal, duit tol lagi, minyak hitam lagi nanti jika kereta rosak, duit lagi, sampai kampung, kena bagi duit lagi kat mak ayah.., akhirnya korang jarang balik, mak bapak kecik hati, dan menangis sambil tonton sitcom cerita indon yang banyak kisah anak derhaka, yang mengingatkan mereka juga ada anak derhaka macam korang, dan korang tahu bila korang balik?
Lepas jiran bagitahu mak bapak korang dah jadi mayat barulah nak balik.., itupun sebab nak tolong jual tanah arwah mak bapak, memang boleh jadi ahli nerakalah anak macam ni..
Sementara mak bapak masih hidup, baliklah kampung ziarah mereka, jika takde duit, cerita betul-betul, mereka nak tengok korang depan mata.., sejukkan mata mereka, tapi jika korang sibuk cari harta dunia sehingga lupa ziarah mereka, lupa makan minum mereka, lupa kain baju mereka, lupa kencing berak mereka, lupa ayam itik mereka, maka koranglah yang Nabi cakap, mereka yang celaka kerana tidak mendapat keampunan dibulan Ramadan yang lalu sebab mak bapak mereka tak dapat manfaat dari anak-anaknya.
Kata korang:, “Mak, saya tak boleh balik kampung, kerana saya ada masalah kewangan, minyak mahal, tol lagi, lagipun saya kena bayar banyak bil dalam hidup seperti TV astra full package, Nelix, iplix, lagi, tiket wayang setiap minggu, yuran gymnasium, bil api tiga phase (sebab rumah korang ada aircond gergasi), yuran langgangan majalah orang kaya, Play station, clubbing dan (isilah perkara yang mak bapak korang tak pernah buat tapi korang buat siap bayar lagi), adohai..
6.Ada kerja tambahan sehingga tinggal perintah Allah.
Tak salah nak buat kerja part time, tapi.. janganlah sampai tinggal solat dan lain lain ibadat.
Balik kerja terus bukak kedai burger, orang azan magrib, korang potong timun, orang azan isyak, korang potong bawang, orang mengaji, korang potong roti, orang berdakwah, korang potong stim, dengan berkata:
“Hamka, salahkah umat Islam mengumpul harta dengan cara yang halal? Bukankah ada hadith: "Beribadatlah kamu seolah esok hari kamu akan mati dan bekerjalah seolah kamu hidup seribu tahun lagi". Bukankah dengan kekayaan kita boleh membela agama kita?, ingat Hamka, bekerjalah kamu seolah olah hidup seribu tahun”
Maaf bang, jika korang sedang bekerja atau sedang buat kerja dunia, tiba tiba dengar azan berkumandang, maka segeralah solat bagi wanita dan segeralah ke masjid bagi lelaki kerana korang bekerja di ibaratkan seolah olah hidup seribu tahun, maka boleh buat lain kali, boleh tangguh!, banyak masa lagi daa..,
Tapi oleh kerana korang beribadat macam esok dah nak jadi mayat, maka korang kenalah segera bersolat serta merta, jangan berlengah lagi, al faham ke idop?
Saya ulang: kita dah nak jadi mayat esok, maka kita tidak boleh tangguh sebarang perintah Allah, misalnya jika kita dengar azan, maka kita kena segera ke masjid, untuk solat berjemaah…, dan jika dah memang kita ada peluang untuk hidup seribu tahun lagi, maka kita kena relexs dan bersabar jika kerja dunia tu tak berjaya atau tak menjadi, kerana kita ada banyak masa lagi tu..!!, seribu tahun lagi ape?!!! ..he he he, relekslah brother.. he he he.
Pesan saya, Tak salah buat kerja tambahan, tapi jangan sampai ibadat entah ke mana, kalau datang solatpun tak nampak muka sebab berbungkus kain kapan dan duduk depan sekali sebelum naik kereta mayat.. aduh..
7. Kedekut nak mampos.
Kedukut hingga Tak bayar zakat.. Zakat yang dibayar hanyalah zakat fitrah, dan sedekahpun biasanya RM seringgit, tapi dalam diri rasa dah banyak bagi pada Allah, maka bila adik beradik susah, atau jiran susah, atau ada fakir miskin mintak tolong, terus ungkit, saya dah banyak bagi sedekah kat masjid, (RM seringgit seminggu), pergi jumpa Along!
Orang kedekut tak ke manapun, duit banyak akhirnya jadi hak waris, badan jadi hak ulat, dan korang masuk neraka, tak ke manapun.
Tapi dalam bab nak bagi pinjam duit dengan orang kena tengok diri sendiri, jika tak mampu nak halalkan hutang, jangan beri hutang.
8. Suka bertanya bila gaji nak masuk (bagi mereka yang makan gaji)
Tak salah bertanya, tapi jika gaji masuk 25 haribulan, 26 haribulan, dah bayar hutang dengan semua gaji, kerja part time pun tak laku, maka 27 haribulan dah tanya, errr, bila gaji masuk? Tak ke ahli neraka? Sebab jika korang ahli shurga korang akan Tanya, bila zohor nak masuk? Faham!
Sayapun tanya jugak pada 22 haribulan, bila gaji masuk?, dan jika mereka cakap, esok lusa masuk, maka saya terus pergi membeli belah keperluan rumah sebab tak nak bersesak sesak dan biasanya sebelum 25 haribulan pasaraya lengang dan barang murah..
Woha!
9. Marah bila bercakap bab duit.
Saya tak tahupun korang ada masalah kewangan, saya tanya sahaja, “apa kata hujung minggu ni kita pergi menyelam di Pulau Tioman?” terus korang marah kerana anggap saya hina korang yang ada hutang Along, kredit kad, lalu beremosi dengan saya. Marah marah..
Jangan marah-marah bro, nanti masuk neraka! Maaf sebab salah Tanya bab duit.., patut saya tanya "Hutang bila nak bayar?" alamak duit jugak, aduhhhh
10. Guna duit raya anak dan tidak berniat nak ganti balik.
Pelik?, lepas raya kenapa lu banyak bawak duit RM seringgit bila belanja?
(Malas nak tulis karangan cerita ini)
11. Takde akaun tabung haji.(atau simpanan mana mana untuk kerjakan haji)
Kata kau: "Kitaorang mana ada duit nak daftar pergi haji, nanti kitaorang kaya, kitaorang tak mainlah pergi haji dengan pekej murah, kitaorang akan pergi haji dengan syarikat swasta, pekej perdana, RM30 ribu, berkemah dipadang arafah dalam bilik air cond, makan nasi minyak walaupun di tanah arab dan beriktikaf dihotel mewah, sekarang kitaorang takde pendahaluan RM1300, kitaorang tak mampu,
Lagipun rumah kitaorang ada astra, TV besar kat dapur dan TV LCD kat ruang tamu, Wayang player lagi, sound system surround, mana mampu daftar tabung haji, tayar spare kereta punya rimpun tak sport, (yang lain semua dah sport). Lagipun duit bulan ni nak beli patung bangau betina untuk letak tepi kolam kecik dalam pagar sebab kesian patung bangau jantan yang selama ni sekor sekor duduk tepi kolam, dia kesunyian.., tapi bangau tu kesunyian, Nabi adam dalam syurgapun kesunyian, bila takde Hawa, bangau saya lagilah kesunyian.."
(adegan seterusnya terpaksa didelete kerana saya sedang mematahkan leher bangau kesunyiannnya agar tidak kesunyian lagi)
12. Mencuri
Ini memang dosa ber ganda dua puluh tiga (masukkan soud effect guruh)!, orang yang hutang dengan along ‘lebih baik’ dari korang yang mencuri, jadi jangalah mencuri, atau lebih kejam, tiba tiba jadi perompak! Boleh masuk neraka bro!
13.Menipu mintak derma konon nak buat masjid.
Kat Malaysia ni dengar cerita ada yang mintak derma konon nak buat masjid, wakil badan kebajikan, tapi rupanya duit tu masuk poket sendiri untuk memiliki barang mewah yang korang rasa bangga tapi nobody care..
Memang masuk neraka!
14:Menipu dalam jual beli.
Jual skim cepat kaya, tipu dalam pelaburan, ambik duit orang buat melabur lepas tu lepas, janji untung dalam saham kelapa sawit lah, emas lah, hotel mekkah lah, akhirnya si pelabur yang merana.. aduh..
Yang jual on line pun menipu jugak, ada baca kes hari tu orang jual alat besarkan zakar tiga kali ganda dengan harga RM500, dan siap pesan: Hati hati bila guna waktu cuaca panas. Ramai yang beli, dan bila sampai, masing masing dapat Kanta Pembesar-Woha!
15…. (berhenti minum air kejap)
Arghh, saya mula mula nak tulis sepuluh bab sahaja, tapi masuk nombor 15 ada banyak lagi ilham datang, maka saya stop sampai sini, korang sambunglah sendiri.. saya dahaga..
Akhir kata:-
Tak salah jadi miskin, Nabipun miskin, dan sahabat bagindapun ramai yang miskin, dan orang miskin akan masuk shurga lebih awal dari orang kaya, jadi saya bukan nak cakap jadi miskin itu salah, yang salah bila kemiskinan kita menyusahkan orang, itu yang salah..,
Alang-alang dah jadi miskin, biar mati masuk shurga, tapi jika jadi miskin dan masuk neraka, itu yang sedih, rugi dunia dan akhirat!
Ada hadis jugak, jadi kaya boleh masuk syurga sambil merangkak, dan ada hadis lain, orang masuk neraka berjalan dengan muka..
Maka, tak salah juga menjadi kaya, walau masuk syurga dengan merangkak, daripada masuk neraka dengan berjalan atas muka akibat menyusahkan orang kerana miskin,
Jadi jika serius kita nak Berjaya di dunia dan di akhirat bab pengurusan wang, abang mayat cadangkan baca BIjak Mengurus Wang di sini, ada bacaan dan Video.
https://tinyurl.com/bmwhamka
Ps: Namun jika anda dah buat semua 15 perkara di atas, pintu taubat masih terbuka, Allah Maha Pengampun. Bak Kata Raihan, Selangkah kau dekat pada Allah, Seribu Langkah Allah dekat padamu. Take noted,
manfaat sedekah ke masjid 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
Ada orang tanya saya, bagaimana rahsia jual on line boleh dapat komisyen empat angka dalam masa tak sampai tiga hari?
Jawapannya, tiap kali saya menulis artikel di FB, akan saya selitkan ilmu dan pengalaman yang baik-baik serta pendapat tentang sesuatu juga yang baik baik. InsyaAllah.
Korang boleh scroll FB saya dan korang akan dapati saya tak banyak sangat post, (3 kali sehari jer lebih kurang) dan saya pastikan artikel penulisan saya tu ada quality agar tidak rugi orang membaca.
Namun saya akui, sekali sekala ada jugak post yang merapu meraban tapi lekas lepas saya sedar dan kembali menulis sesuatu yang baik dengan niat mendokumentasikan ilmu untuk saya rujuk di masa depan dan sekaligus pembaca akan dapat manfaaat. InsyaAllah.
Dari zaman blog lagi saya buat macam ni, iaitu saya dokumentasikan ilmu saya dalam bentuk storytelling agar mudah faham dan sayalah yang akan merujuk nota saya dalam FB ini sebab saya mudah lupa, dan pesan memesan itu baik bagi orang beriman.
Di kotak notification saya, post yang lama berbulan lepas pun masih ada yang like dan komen, bermakna ada manfaat yang korang suka, dan kadang kala, saya akan repost jika post lama tu dah terlalu banyak like atau komen.
Terkini saya ada jual ebook bijak mengurus wang, modal dua angka dapat untung empat angka, rezeki dari Allah, dan ada lah dua tiga orang mesej personal mintak tips.
Alkisahnya saya tulis macam biasa, dan hujung cerita saya letak iklan, siapa beli Alhamdulillah, Allah yang gerakkan hati semua manusia.
Satu malam pada 29 Ramadan waktu saya solat tarawih di rumah, tiba tiba ada kawan call nak datang rumah nak bagi duit raya pada anak, sayapun rehat jap solat tarawih dan baca komen pada kisah kewangan yang saya tulis berkenaaan cerita saya beli kereta buruk waktu bujang sebab focus nak beli rumah dulu sebelum kahwin, hujung artikel saya letak iklan ebook bijak mengurus wang, tapi hambar, tiada orang beli walau post tu ramai like dan share,
Bila kawan saya datang bagi duit raya pada anak, saya pun nak bagi duit raya pada anak dia, si kawan ni belum ada rezeki anak, jadi saya Tanya dia, esok nak jumpa dengan Amil Zakat ke? Dia kat: “nak”, maka saya kirim RM100 untuk bayar fidyah dekat Amil tu sebab saya dah call siang tadi nak bayar fidyah ayah saya berapa kos, kata ustaz amil tu, RM55 sahaja untuk nilai beras bagi mereka yang tinggal puasa selama sebulan kerana uzur, tapi saya sengaja nak bayar lebih maka saya bagi RM100.
Lepas tu saya sambung solat tarawih dan habis tarawih, saya check jualan ebook, tiada orang beli, tiba tiba kawan saya call kata ustaz tu esok takde kat masjid sebab ada urusan maka dia nak bank in RM100 kepada saya semula.
Saya cakap, kau bagi jer lah wang tu pada orang miskin yang kau kenal.
Dia kata, ada dua jiran dia yang miskin dan minta izin untuk bagi RM50 seorang. Saya kata Okey, sebab saya dah niat pahala untuk arwah ayah.
30 minit kepas saya sedekah on line RM100, saya check jualan RM1000 orang masuk beli.
Betul betul rezeki lailatul qadar.
Allah ganda 10!
Maka itulah tip jualan saya, yang gerakkan hati manusia untuk membeli adalah Allah, saya hanya menadah hujan dengan bekas yang betul, yang turunkan hujan adalah Allah, maka kita semua kena usahakan agar ada bekas, barulah waktu hujan turun ada tempat bertakung air.
Jadi bekas on line saya adalah buku hamka keretamayat, tanjak, video youtube, dan ebook tentang ilmu kewangan.
Nak beli buku? Nak beli Tanjak, itulah bekas saya yang korang boleh mesek tepi.
Atau jika tengok youtube saya sambil tengok iklan, insyallah juga dapatlah saya sedikit rezeki.
Korang jika nak rezeki lebih, kena sediakan bekas, dan bekas tu kena letak tempat yang betul agar waktu hujan turun air akan masuk terus, insyaAllah.
Jadi saya share dua bekas yang korang boleh jadikan milik korang.
Klik sini jika nak Ilmu Bijak Mengurus Wang
https://infaqconsultancy.onpay.my/order/form/videoBMW/Hamka
Kilik Sini jika nak Ilmu buat duit dengan Youtube.
https://ebookyoutuber.onpay.my/order/form/ebookyoutuber/Hamka
Ni saya tulis panjang panjang nanti ada yang suruh lukis, maka saya dah lukis siap siap berkenaan bekas, rezeki, ujian, sedekah, belanja semua ada dalam lukisan tu. Jika tak faham jugak memang kena klik link tu dan baca.
Klik sini jika nak Ilmu Bijak Mengurus Wang
https://infaqconsultancy.onpay.my/order/form/videoBMW/Hamka
Kilik Sini jika nak Ilmu buat duit dengan Youtube.
https://ebookyoutuber.onpay.my/order/form/ebookyoutuber/Hamka
Ps: Abang dah lukis okey, woha!
manfaat sedekah ke masjid 在 Heliza Helmi Facebook 的精選貼文
.
🕌 Kempen Pembangunan Murtadha Dakwah Centre 🕌
(Membangunkan Pusat Tahfiz, Masjid dan Pusat Komuniti Islam di Kedah)
Jom tambah saham akhirat!
Rebut peluang menderma pada hari Jumaat terakhir Ramadan tahun ini.
Ramadan, bulan yang dilimpahi seribu kelebihan dan dijanjikan ganjaran pahala berlipat ganda atas apa jua kebaikan yang dilakukan.
Ayuh! Gandakan pahala pada penghujung Ramadan ini. Semoga sedekah yang kita berikan menjadi ladang pahala untuk kita di akhirat kelak.
📌
PAHALA SEDEKAH TERUS BERKEMBANG
Pahala sedekah walaupun hanya sedikit itu akan terus berkembang pahalanya hingga menjadi besar. Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kalian, sebagaimana kalian mengembangkan seekor anak kuda. Sampai-sampai sedekah yang hanya sebiji bisa berkembang hingga sebesar gunung Uhud” (HR. At Tirmidzi 662)
🎁
PAHALA DAPAT, MANFAAT PUN DAPAT!
.
Melalui sumbangan RM100, anda akan mendapat bahan-bahan berikut secara PERCUMA :
- 12 e-Book
- 10 video bacaan makhraj yang betul
- Teknik Karantina hafal Quran
.
📲
Setelah melakukan sumbangan, mohon whatsApp SLIP BAYARAN, NAMA PENUH, No.TELEFON dan ALAMAT EMEL ke 016.650.7805 untuk pengesahan.
Anda akan diberikan link e-book dan video yang dijanjikan.
.
💵 💰 💵
Sumbangan ke :
Maybank Ukhwah for Ummah (U4U) :
5647 9912 4590
Rujukan : MDCHH
.
Anggaplah ini peluang yang Allah berikan kepada kita, moga kita jadi dermawan di dunia dan jutawan di akhirat
.
📌
Bagi yang mempunyai kekangan untuk menyumbang RM100, tapi ingin juga mendapatkan ganjaran 10 terakhir Ramadan, Tuan Puan boleh menyumbang sekadar yang termampu atau sekiranya tak mampu juga, maka SHARELAH VIDEO/POSTER KEMPEN agar Tuan Puan termasuk orang yang mengajak kepada kebaikan.
.
#mdcu4u
#ramadhan
#lailatulqadar
#sedekah
#infaq
#dakwah
#charity #donate #goodcause
#sedekahsubuh
#sebarkankebaikan