HP anak2 (HP lama saya, hak milik saya, anak-anak boleh pinjam sahaja) saya yang pegang, weekdays no HP. Weekend baru boleh guna. Kami kawal. Bila dah tak larat nak berdebat, saya jawab begini. "Jika HP tu lebih banyak kebaikan untuk awak, Mommy lah orang pertama yang akan berikan pada awak".
"Mommy, kalau result A'an bagus, masuk form 4 nanti Mommy belikan motor boleh?"
Tak boleh. Titik
Satu persatu permintaan dia. Mak kena jiwa kental.
Sebenarnya saya adalah follower tegar Dr Shukri Abdullah. Walaupun dia suka beri statement sentap laser tahap gaban, boleh tahan panas telinga dengar dia berleter, tapi memang banyak kebenarannya. Mak dan Ayah pun disekolahkan sekali.
Antara perkara penting yang perlu dikawal:
HP
TV
Social media
Game
Motor
Boyfriend/ girlfriend
Disiplin:
Belajar
Ulangkaji
Buat homework
Tidur awal
Akhlak
Solat
Dan perkara paling penting ialah Mak Ayah mesti main kan peranan mengawal anak-anak, mesti tegas, dan beri komitmen penuh.
Saya dah berkorban tak tengok TV. Sebab anak-anak hanya boleh tengok TV masa cuti. Bukan senang sebab saya suka tengok TV. Dulu-dulu siap ada jadual tengok TV. Sebab itulah saya dah tak tahu apa berlaku dalam TV sekarang. Ketinggalan. Pengorbanan seterusnya yang saya perlu lakukan ialah "simpan" HP saya selepas Maghrib. Kenapa? Anak-anak kata mana aci, kami tak boleh guna HP tapi Mommy tu asyik guna HP. Huhu susah ni. Tapi itu yang terbaik. Bila lah nak start. Saya ada kawan-kawan yang terus OFF HP bila dah sampai rumah. Dia spend masa sepenuhnya dengan anak-anak. Respek!
Saya dah compile ayat-ayat nasihat dan tips untuk Mak Ayah kawal anak-anak dari Wall Dr Shukri. Share biar ramai baca terutama spouse masing-masing. Masih banyak perkara yang kita perlu perbaiki. Saya baca tepuk dahi... Aku lah ni yang Dr Shukri tegur ni. Siapa yang alhamdulillah anak-anaknya soleh solehah sentiasa menurut perintah mungkin ini tidak applicable untuk anda.
Terima kasih Dr Shukri, semoga Allah berikan balasan berganda2 kebaikan untuk Tuan sekeluarga aamiin.
Jom berubah,
Marhalis Hasan
.
.
.
Nak viralkan bisnes anda? Sekarang dibuka iklan pakej terendah hanya RM30. Iklan boleh pilih tarikh dan masa sendiri. Whatsapps admin : http://bit.ly/2FFyZuG
#hidupberimanfaat #pursuitofimpact #designyourlife #designyourdeath #mh6585
Search