Sejak PRU14 banyak pekara berlaku pada diri Saya yang mana bukan mudah Saya nak gambarkan kepada semua terutama penyokong Saya. Tahun 2021 ini pula lebih banyak yang Saya dapat yang mana membuka mata Saya seluas luasa nya akan permasaalahan sebenar Rakyat dan negara ini.
Saya fikir negara ini akan terus mundur ke belakang yang mana orang Melayu akan terus jauh ketinggalan dengan bangsa lain dari segenap sudut baik ekonomi, pendidikan sosial malah politik juga. Punca nya kerana perpecahan Melayu yang disebabkan oleh parti parti politik.
Setiap hari Saya bangun tidor dan sebelum tidor Saya sentiasa berfikir apa akan jadi pada negara ini 10 20 tahun akan datang jika perebutan kuasa politik yang ada hari ini berterusan. Dimana kedudukan Melayu yang mana zaman generasi anak cucu cicit Saya kelak?
Kita sudah Merdeka 64 tahun dan selama itu juga kita sendiri saksi yang melihat kecamukan politik telah merosakkan dan menjahanamkan negara ini dari satu tahun ke satu tahun.
Politik untuk apa yang sebenarnya? Untuk peribadi atau untuk rakyat dan negara? Saya fikir Rakyat khususnya generasi muda hari ini tidak lagi bodoh boleh disogok dengan template yang boleh dibaca. Rakyat tahu yang politik ini lah menyusahkan hidup mereka selama ini dan kerana politik ini lah juga segelintir pemimpin hanya mahu mencapai cita cita peribadi dan bukan nya untuk mereka.
Maka Saya fikir adalah wajar segala haruk piruk politik yang ada hari ini dihentikan dan ditamatkan. Kita semua perlu kembali kepada drawing board menyusun semula landskap negara ini terutama dalam isu politik yang kemudian nya melibatkan pendidikan, ekonomi dan juga sosial.
Saya tahu harapan Saya ini macam angan angan Mat Jenin, Saya tahu akan ada yang tak gumbira dengan apa yang Saya kongsikan ini tetapi Saya yakin ada jutaan Rakyat yang sependapat dengan Saya dan mahukan perubahan besar dilakukan pada negara ini khususnya menghentikan perebutan kuasa politik yang tak mendatangkan manfaat kepada Rakyat.
InsyaAllah malam ni live di FB Papa Azri Saya akan kongsikan dengan semua apa yang selama ini terbuku dalam jiwa Saya.
Tak ada apa yang Saya nak kejar didunia hari ini selain daripada memastikan esok kelak anak cucu cicit Saya tak merempat ditanah air sendiri.
Live malam ni Guys 🙏🏼
「parti drawing」的推薦目錄:
parti drawing 在 PARTI Facebook 的最佳解答
Keep sketching.
#sketching #designconcepts #conceptdesign #hongkongdesign #art #architecturedrawing #designdrawing #handdrawing #sketches #designsketching #hongkongdesigner #interiordesign #partihongkong #parti #hongkong #architecture #architect #drawing #design #customfurniture #brainstorming #layout #plan