Perkongsian dari Kak Mel - Delizio Pizza
3.30pagi Jun 4,2013
Assalamualaikumwbkt..
Dao ,muga sentiasa dlm peliharaan Allah SWT.
Bukan salah tarikh lahir jika kita tidak berjaya..kalau kita ni “born to be rich’ pun kalau sikap boros dlm diri ada lama-lama kecundang juga.
Just nak sharing coz sharing is carring !
Allhamdulillah ..Syukur kepada Allah SWT atas kurniaan rezekinya.
Kak Mel berterima kasih atas perkongsian elmu yg dipelajari sepanjang bergelar “Student” dlm program-program yg dianjurkan, Walaupun hampir setahun setengah untuk bergelar Graduan Platinum’…kak mel rasa bertuah dan sangat-sangat bersyukur kerana dengan izin Nya jua berjaya menjadikan ianya realiti Pertama kali seumur hidup sebab tidak berkesempatan menjejakkan kaki ke menara gading so menitis airmata kesyukuran in real life nak tamatkan pengajian setelah menempuh pelbagai cabaran dan dugaan.
Kita hanya mampu merancang,tetapi perancangan Allah jua yg terbaik …selagi kita mampu dan masih diberikan kesempatan utk menikmati hidup didunia ini maka hargai lah setiap helaan nafas yg diberi.kesusahan,keperitan,kegagalan adalah lumrah hidup tetapi sejauh mana kita mampu bertahan dan pasrah atas ketentuanNya disitu lah letaknya keyakinan dan harga diri sebenar.
Disebalik tirai kejayaan pasti ada ranjau duri yg berliku yang ditempuhi,.Apakah kita terus menyalahkan takdir atau kembali muhasabah diri?
Berjaya? Soalan dan jawapan dlm perspektif yang berbeza bagi setiap individu.
Buat diri kak mel saat yg paling bahgia dan berjaya apabila dapat kembali membaiki kesilapan diri, menampal kekurangan yang ada,kembali bangkit mengatur langkah mengapai impian yg tercalar sekian lama.Mencari ‘cahaya’ yg hilang dek kelalaian dan kealpaan duniawi.
1) Elmu- kalau dulu mmg “Zero Knowledge” ,hidup syok sendiri berniaga…itu yang “jatuh gaung & langgar dinding sampai tersungkur …mujur lah temui formula MESTI dgn komitment dan kepercayaan akan HIKMAH disebalik kejadian .Allah SWT masih menyayangi hambaNya ,ujian yg diberi tanda kasih sayang Allah SWT ,sebagai peringatan …Allhamdulillah ! kak mel terjaga dari lamunan kesombongan diri ,rasa duka,kecewa,resah,marah dan mula belajar mensyukuri setiap yg dimiliki tanpa rasa keluh kesah lagi.
2) Disiplin…itu kesilapan yg dilakukan,tidak komit dengan apa yang dilakukan.Malas dan tiada perancangan dan matlamat yg jelas , buat asal boleh ajer…buat kerja tidak pernah habis,suka sekerat jalan…walhal ada bakat dan kepakaran.Akhirnya kak mel sedar masa disia-siakan begitu sahaja tanpa perancangan yg bijak.Sekarang kak mel jadikan setiap pekerjaan itu rutin harian yang menyeronokkan .Have Fun ” bukan keterpaksaan lagi …bila kita tidak ikhlas dengan apa yg kita buat itu yg kita rasakan ianya suatu tekanan dan bebanan,Allhamdulillah..setiap pekerjaan adalah ibadah kepada Allah SWT jua.Bila kak mel faham dimana silap cepat-cepat bertindak memperbaiki kelemahan yg ada… rasa happy sangat sekarang jalani hidup harian,
3) Saling Bermaafan dan kasih sayang kerana Allah SWT
Kita manusia yg tidak sempurna tapi Allah tidak pernah menghalang hambaNya mencari kesempurnaan itu…belajar memaafkan walaupun kadangkala terlalu sukar utk dilupakan.Hubungan suamisteri,ibubapa,adikberadik,jiran tetangga,rakan taulan …waimah musuh kita sekalipun,..
kadangkala kita tak perasan atau terlepas pandang akan perkara ini.Bila dah semak meter hati baru sedar keangkuhan dan keegoaan yg meranapkan kasih sayang.carilah redha orang-orang yg kita sayangi.pujuk hati utk memaafkan setiap malam dan pagi ,jadikan ianya rutin harian,lama kelamaan kita rasa tenang dan mula melupakannya.Bersangka baik selalu…walau tak semudah diucapkan tapi sekurang-kurangnya kita berusaha melatih diri.
4)Online 24434 dengan Allah SWT
Bila telefon tak berdering macamana nak dengar kabar berita,nak mengadu domba,berkasih sayang…kalau dok minta dengan manusia memanjang bosanlah pulak kan tapi bila kita dok telefon Allah tiap 5 waktu solat dlm setiap doa ,nak menangis,nak mengadu,nak minta tiap saat,jam ,hari Allah SWT lagi suka,lagi kasih dan sayang tanpa jemu atau bosan mendengarnya jadi apa pun situasi kita samada senang atau susah sentiasalah mengingatiNya jua dan bersyukur.Bila solat itulah kesempatan utk kita berbicara/komunikasi dengan Allah SWT. PadaNya jua tempat kita minta pertolongan …surah AlFatihah cukup besar makna yg tersirat.
5)Add Value Others People Life
The More U Give The More U Get It Back ” Gedung Rezeki Milik Allah SWT….kak mel mula sedari bertapa hidup ini lebih bererti bila kita dapat membahgiakan org lain,menghargai sebelum dihargai,menyayangi sebelum disayangi,membantu org lain berjaya bila kita sudah berjaya bukan buat hal sendiri.
kalau dulu x ramai kawan yg positif mind tapi bila kita bercampur dgn org2 berjaya dan berfikiran positif ,kaya dan berjaya kita tumpang juga aura kejayaan mereka.Jadikan kejayaan mereka inspirasi hidup kita bukan sakit hati,irihati akhirnya jd depressi hidup org lain.Happy bila ada network yg saling membantu tak lah rasa buat kerja sorang2…
Kalau nak sebut pasal kiraan tarikh lahir,kerjaya yg kak mel pilih ni langsung tidak bersesuaian ,sekadar jadikan panduan,baiki kelemahan dan cari kekuatan dan bakat atau kepakaran yg ada..kita tidak dilahirkan terus jadi Pakar dlm sesuatu bidang sehingga kita jadikan ianya kebiasaan..(terjebak belajar tarikh lahir dgn Dao )
contoh : Kak Mel terlibat dlm bidang perlaburan unit amanah saham hampir 5 tahun dgn zero knowledge ttg perlaburan.Dari org biasa jadikan diri luar biasa dgn mecari ilmu dan latih diri jadi mahir dan pakar dlm bidang tu. cabar diri jadi juara pada diri sendiri dan melayakakn diri utk jd qualifier tiap tahun ke luar negara anjuran sykt.Walhal bidang kewangan ni paling tak sesuai pilihan kerjaya utk org yg lahir elemen Kayu atau Root No 9 …lps IMKK di Dewan Mawar Johor kalau tak silap ,seminar potensi diri ,…tak ada pilihan lps gagal berniaga .nak berniaga lagi nama dah kena blacklist”,modal tak ada..do or die …itu aja pilihan kerjaya yg dtg masa tu ,modal air liur kata org kerja unit trust consultant ni..kena ambil exam utk dapat lesen…dalam Bahasa Inggeris pulak tu..kita ni sekolah tak sampai U ..bayangkan ajer nak terjun bidang tu tpi dah terdesak dan itu peluang yg ada sebulan juga mentelaah dgn siap kamus dewan kat sebelah bila belajar.Hari-hari latih tubi soalan-soalan Cute Exam ,akhirnya lulus setelah sebulan mentelaah maklum generasi X” otak dah beku bayangkan umur masa tu 45thn baru jumpa peluang tu..
Umur bkn halangan ..bila terdesak dan tertekan itulah menolak kita utk berusaha …ada bagus juga kan .Ujian hidup mematangkan kita.
Berniaga makanan itu kerjaya sebelum jadi unit trust consultant(utc), akibat tak berilmu ttg perniagaan habis semua hilang” ..berniaga sekadar cukup makan,hutang tak mampu nak bayar,hartabenda tergadai ,mujurlah semangat ni kuat,tak berputusasa,mula berjinak dgn seminar2 motivasi dan elmu..bila mula bergaul byk peluang datang ,melalui pendapatan komisen sebagai utc barulah dapat menyelesaikan masalah yg dihadapi.Bina semula perniagaan Pizza di Tapak Pasar Tani dan Pasar Malam.Lepas AMP Mac 2012 bertambah semangat dengan bantuan anak sulong yg juga turut serta AMP July 2012 mengorak langkah meluaskan kuasa perniagaan dari satu lokasi kepada 10 lokasi perniagaan .Allhamdulillah…lepas Graduasi Platinum 3/3/13 impian utk jadikan perniagaan Pizza atas jenama Delizio Pizza sebagai kesinambungan impian perniagaan utk anak-anak warisi lahirlah outlet /restoran Delizio Pizza yg Pertama di Danga Bay Skudai.Johor.Telah sebulan beroperasi ,syukur sangat-sangat bila pelbagai bangsa/kaum yg datang .Jualan di tapak pasar tani dan pasar malam sejak setahun mencecah hampir Rm 500k (sekitar Rm 38-40 k sebln ) ..hasil simpanan dan dengan pengurusan kewangan yg mula stabil kami mampu mebuka restoran tersebut dgn modal tunai sebanyak Rm 150k
Kutipan di restoran sekitar rm 800-1500 sehari ,dlm proses utk buat promosi, tempahan banting sekitar 100btg ,apa yang dipelajari akan kami follow dan praktikkan.
Kami mensasarkan jualan sebanyak Rm 150k sepnjang bulan ramadan di 3 lokari bazar ramadan sekitar Johor Baharu dan di Restoran Delizio Pizza di Danga Bay.
Tiada yang mustahil bila kita percaya pada kemampuan diri sendiri. Kita yg mampu ubah,tukar,dan inilah kalinya utk kita buat tindakan yg cepat tanpa terhegeh-hegeh ‘ ,dok komplen dan merungut memanjang..lebih baik bertindak ,lakukan sesutu daripada ianya menjadi tekanan yg meragut kebahgian dan impian.
Jadilah hamba Allah yg terbaik dan hebat di mata Allah justru kita akan kelihatan hebat dimata manusia. Bersyukurlah …
Ikhlas perkongsian ini utk renungan
yg baik datang dari Allah.sebaliknya atas kelemahan kak mel sendiri.
Salam maaf dan salam kasih sayang
https://www.facebook.com/DelizioPizza
-admin nao-
「renungan harian air hidup」的推薦目錄:
- 關於renungan harian air hidup 在 Azizan Osman Facebook 的最佳貼文
- 關於renungan harian air hidup 在 Renungan Harian Kristen ( Saat teduh - air hidup ) - YouTube 的評價
- 關於renungan harian air hidup 在 Renungan harian air hidup hari ini - Yohanes 15 ayat 5 的評價
- 關於renungan harian air hidup 在 renungan harian air hidup hari ini - lukas 16 ayat 10 - Pinterest 的評價
renungan harian air hidup 在 Renungan harian air hidup hari ini - Yohanes 15 ayat 5 的推薦與評價
... 43 loves, 228 comments, 34 shares, Facebook Watch Videos from Saat Indah Yang Dihabiskan Bersama Tuhan: Renungan harian air hidup... ... <看更多>
renungan harian air hidup 在 renungan harian air hidup hari ini - lukas 16 ayat 10 - Pinterest 的推薦與評價
renungan harian air hidup hari ini - lukas 16 ayat 10. #post_excerptRenungan Lukas 16 ayat 10 akan memahami pentingnya mempraktikkan kebenaran setiap hari, ... ... <看更多>
renungan harian air hidup 在 Renungan Harian Kristen ( Saat teduh - air hidup ) - YouTube 的推薦與評價
Renungan harian kristen oleh Rachel MutiaraBerhenti menyalahkan orang lainFirman Tuhan oleh Rachel MutiaraKeadaan kita hari ini, ... ... <看更多>