Hari Berwarna Hijau dan Merah Hari Ini
Sebelum waktu tengahari, saya sempat pergi ke KL East di Melati sebab pembukaan resmi Shopping Mall KL East hari ini. Saya dan beberapa orang anak saya cuba buat bisnes franschise Hot & Roll. Seronok tengok orang datang ke kaunter kami yang kecil membuat tempahan pelbagai menu makanan yang ringkas untuk mengalas perut sambil shopping.
Sejurus bergegas untuk membuat ucapan alu2an di webinar Alumni UIAM atas tajuk fintech tepat jam 240 petang. Kemudian terus mempengerusikan mesyuarat Isra Scholars Council mula jam 3 petang sampai pukul 5 petang.
Sebelah malam mendapat undangan mengejut berwacana tentang moratorium di TV sinar. Pengalaman yang cukup menarik membincang isu2 rakyat atas pentas dengan soalan2 panas. Motatorium terbuka luas kepada individu yang hilang atau kurang pendapatan dan syarikat dalam sektor kritial seperti perlancungan dan pendidikan swasta.
Hari ini saya berpakaian batik UIAM. Ada rasa afliasi dengan UiAM.
MDB
ringkas fintech 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文
Aktiviti Sarat di London
Semalam adalah cukup istimewa di kota London. Padat dan sarat dengan pelbagai aktiviti.
Seawal 8 pagi, saya meninggalkan hotel dalam kesesakan trafik dari Portman Square ke Canon Street bagi mesyuarat pertama di Bank of London and Middle East. Saya adalah salah seorang dari Badan Pengawasan Shariah di BLME. Pengerusinya adalah Dr Abdul al-Aziz al-Qassar dari Kuwait. Kami satu batch di Fakulti Syariah di Universiti Kuwait dan juga selalu berkongsi senarai Dekan hampir setiap semester.
Sebelah petang, saya berjumpa pengurus Wealth Managenent berpusat di London tapi menguruskan beberapa Family Office di Negara Teluk dan Brunei. Saya akan cerita di masa hadapan apa itu Family Office dan kepentingannya dalam lanskap kewangan dan pelaburan. (Photo sesi ini tak ada).
Kemudian saya ditemankan Ust Ramadhan Fitri bergegas memasuki terowong bawah tanah menaiki tiub London untuk ke SOAS, Universiti London. Selepas tiga perhentian, kami sampai di Marble Arch dan terus berjalan laju dalam cuasa yang hujan dan basah.
Apabila sampai sahaja di SOAS, ada sesi minum petang ringkas bersama Dr Jonathan dan Nick Forest, dua tokoh akademik di SOAS yang telah menyelia ramai pelajar termasuk pelajar2 dari Malaysia. Saya menghadiahkan buku saya Shariah Minds and Shariah is Life kepada masing2. Kemudian saya ada sesi inteklual di SOAS atas tajuk Syariah and Fintech.
Selepas saja selesai, bergegas pula ke Malaysian Hall. Terimakasih kepada tiub London. Sempat sampai dalam masa yang cepat. Tajuk syarahan saya adalah Ethics and Maqasid. Kedua2 syarahan ini boleh diikuti dalam FB Mohd Daud Bakar dan Minda Syariah.
Terima kasih kepada semua yang mengatur semua program khususnya Us Ramadhan Fitri. Semoga urusan PhD anda selesai secepat mungkin. Mungkin para peserta mendapat sedikit sebanyak faedah tetapi saya sebenarnya yang paling banyak belajar apabila memberi syarahan dan artikulasi. Minda akan memproses segala maklumat dan isu dan dalam proses itu, teori dan cara fikir baru akan timbul.
Tajuk atau tema hangat sepanjang dua syarahan ini adalah algorisma khususnya algorisma Syariah. Kita sambung nanti. Masa untuk bejalan pagi di London dah sampai.
MDB