.
Atas permintaan ramai, saya kongsikan kembali video kemalangan ‘splinter’ di World Cup Manchester yang hampir meragut karier saya pada tahun 2011 dulu.
.
Beberapa detik selepas jatuh, saya gagahkan diri untuk membuka mata. Keadaan bising dan huru-hara. Saya nampak jurulatih John Beasley berada di sebelah saya. John bertanya, “Are you okay Azizul?” Waktu itu saya terpaksa tipu John dan saya tipu diri saya. Saya ingin tamatkan juga perlumbaan tersebut kerana saya ingin menjaga status nombor satu dunia dalam acara Keirin ketika itu. Saya perlu tamat sekurang-kurang tempat ke empat. Saya pun menjawab, “I’m all good mate, can you help to lift me up real quick?”. John seperti tak percaya memandangkan keadaan saya ketika itu. Skinsuit korak rabak, helmet retak dan visor pecah. Saya yakinkan beliau lagi. Terus beliau angkat saya dan saya teruskan kayuhan ke garisan penamat dengan kesakit tahap dewa.
.
Lepas dapat tamatkan perlumbaan, saya lega. Saya tahu saya dapat nombor tiga untuk perlumbaan tersebut, bermakna misi tercapai. Terus saya berhenti dan memegang fence ditepi gelanggang tersebut. Waktu itu barulah saya memikirkan tentang keadaan diri saya, tentang kecederaan dan kesakitan yang saya alami. Masyaallah sakit sangat satu badan ni, kepala saya berdengung dan seperti ada bunyi tiupan wisel. Skinsuit saya koyak rabak di beberapa bahagian. Waktu itu lah, satu pengalaman yang amat pahit buat saya. Dengan tiba-tiba saya dapat merasakan suatu kesakitan yang teramat sangat. Tak tahu macam mana nak jelaskan. Saya yang banyak kali dah jatuh, crash dan cedera sebelum ini, belum pernah merasa sesuatu macam ni. Dan yang peliknya, semua tertumpu di satu bahagian, iaitu kaki sebelah kiri.
.
Saat itu saya tahu ini bukan kecederaan biasa-biasa. Saya pun gagahkan diri untuk melihat apakah yang berlaku sebenarnya. Apabila saya toleh ke bawah dan memandang betis kiri saya.
.
YA ALLAH!
.
.
#FaktaAtauPendapat
#SajeSembang #SembangSembang
#SembangSukan #SembangInfo
#SembangPengalaman
#Apekebenda #ilmu #knowledge
#teamazizul #azizulawang
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「skinsuit」的推薦目錄:
- 關於skinsuit 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於skinsuit 在 Azizulhasni Awang Facebook 的精選貼文
- 關於skinsuit 在 Azizulhasni Awang Facebook 的最佳貼文
- 關於skinsuit 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳解答
- 關於skinsuit 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
- 關於skinsuit 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於skinsuit 在 2022-2023 Takino new skinsuit 少量到貨,在雲林總統盃現場 的評價
- 關於skinsuit 在 HOW TO WEAR A SKINSUIT - YouTube 的評價
- 關於skinsuit 在 73 个 Skinsuit 点子 - Pinterest 的評價
skinsuit 在 Azizulhasni Awang Facebook 的精選貼文
・・・
#throwback to the same day last year. 🚀🥇
.
.
.
#repost
#Throwback 🔄 to last year, with @azizulhasniawang claiming gold 🥇 at the UCI Track Cycling World Cup Keirin race in New Zealand!
•
@vorteqsports
#vorteqsports #performancetech #aero #trackcycling #keirin #winner #gold #wheeliefast #skinsuit #worxbikes #roadtotokyo @ Melbourne, Victoria, Australia
skinsuit 在 Azizulhasni Awang Facebook 的最佳貼文
[Part3]
Tapi sudah terlanjur macam ni, sekurang-kurang anak-anak saya nampak macam mana sukarnya abi mereka mencari rezeki sesuap nasi. Kurang-kurang mereka sedar abi mempertaruhkan nyawa nya di atas balapan. Dan busuk-busuk mereka tahu abi mereka ni perwira bangsa,agama dan negara.
.
Saya dibawa ke pit pasukan Malaysia, masih sukar bernafas dan sakit giat menodai diri saya. Pasukan paramedik dan doktor datang melakukan tugas mereka. Saya naik jemu apabila diaju soalan yang sama. 10orang datang, 10orang soalan sama.
Your name?
Date of birth?
Where do you live?
What day is today?
Blablablabla
(Saya tak marah. Saya paham itu adalah procedure dan tugas mereka. Terima kasih kepada team paramedik dan doktor yang terlibat)
.
Saya lihat jurulatih mula mengemas barang-barang saya semua dan saya pon tanya, brape lama lagi repecharge (next race) akan start? Bolehkan saya menyambung perlumbaan? Dan jurulatih memberitahu yang dia tidak membenarkan saya meneruskan perlumbaan dan saya harus ke hospital. Saya cakap lagi i will be fine, just one race at the time dan kita tengok bagaimana. Jawapan masih sama dari beliau dan saya tidak berjaya memujuk beliau. Saya hanya dapat melihat skinsuit saya dipotong dan luka saya dicuci, sakit nye ya amat. Nak jerit tapi takot nanti saya bertukar jadi hijau, susah pulak karang. Saya pun dibawa menaiki ambulance dan terus dibawa ke hospital.
.
Buat waktu ini saya masih menunggu feedback dari doktor akan kondisi diri saya dan berharap tidak ada kecederaan serius. Kepada penyokong saya khusus rakyat Malaysia yang sentiasa berdiri teguh dibelakang saya, seribu kemaafan kerana tidak dapat meneruskan perlumbaan dan tidak dapat mengulangi kejayaan seperti di New Zealand tempoh hari. Saya ingin anda semua tahu yang saya sentiasa bersedia berkorban jiwa dan raga saya demi negara tercinta dan saya berharap anda juga sama seperti saya. Ini hanya pengorbanan kecil dari saya dan bayangkan jika setiap dari kita sama-sama melakukan pengorbanan untuk negara, sudah tentu akan memberikan impak yang besar. Oleh itu, Saya menyeru kepada anda semua, usahlah kita leka dan marilah sama-samalah kita memajukan negara tercinta, MALAYSIA.
[TAMAT]
skinsuit 在 HOW TO WEAR A SKINSUIT - YouTube 的推薦與評價

SUBSCRIBE HERE FOR MORE: https://www.youtube.com/channel/UCcTT956IojCFYJOOwINPxPgMusic - https://www.youtube.com/watch?v=JJaQjooIhE0FACEBOOK ... ... <看更多>
skinsuit 在 73 个 Skinsuit 点子 - Pinterest 的推薦與評價
2018-7-28 - 探索 Michael Huang 的图板“Skinsuit”,Pinterest 上有 295 位用户关注了此图板。 ... <看更多>
skinsuit 在 2022-2023 Takino new skinsuit 少量到貨,在雲林總統盃現場 的推薦與評價
2022-2023 Takino new skinsuit 少量到貨,在雲林總統盃現場. Mohamed Sidibe dan 83 yang lain. 1,604 Lihat · 84 · · 8. Last commented on: 25 Mac 2022. ... <看更多>