Senang cari makan..
Muallaf ini WhatsApp dan menerusi voice note & mesejnya, dia mahu meminta SEDIKIT BANTUAN UNTUK DIA MAKAN. Berapa jumlah yang dia minta?
RM5,000.00 (Lima Ribu)
Ya RM5,000 untuk dia makan. Makan apa saya pun tak pasti.
Ini bukan kali pertama kakitangan kami terima mesej begini dari muallaf atau masyarakat yang meminta bantuan. Kami ada SOP kami apabila menerima permohonan,
1. Minta mereka apply di www.mrmcare.com
2. Kakitangan atau sukarelawan MRM akak menyiasat dengan melawat pemohon dalam masa 48 jam. Jikalau urgent melibatkan nyawa, akan disiasat segera!
3. Setelah penyiasatan, permohonan atau diluluskan/ditolak.
4. Andai diluluskan, bantuan akan disalurkan dalam tempoh 24 jam samaada kepada pemohon atau kepada tuan rumah (sewa rumah), klinik/hospital (perubatan), makanan, institusi pengajian (pendidikan) & sebagainya. Kami tidak akan memberikan tunai andai pemohon memohon untuk bantuan yang memerlukan pembayaran kepada pihak ketiga kerana bimbang tunai yang diberikan akan disalahgunakan.
Ada juga pemohon yang apabila diberikan alternatif mereka menolak kerana mahukan keselesaan. Mereka tetap bertegas hanya mahukan jenama ataupun syarikat tertentu bukan kerana keperluan tetapi kemahuan dan keselesaan.
Saya meminta sahabat semua, jangan melayan muallaf atau mana mana individu yang mendesak atau meminta bantuan hanya dengan mesej. Jangan viralkan akaun mereka kerana dari pengalaman kami, banyak kes sebenarnya telah menerima bantuan tetapi berbohong mengatakan tidak pernah menerima bantuan.
Niat yang baik moga Allah terima tetapi kita tidak mahu melahirkan generasi pembohong yang hidup selesa dengan meminta dengan menipu dan malas. Bukan semua tetapi ikut pengalaman kami, ramai.
Subscribe TELEGRAM Firdaus Wong ~ https://t.me/brofirdauswong
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過47萬的網紅Faizal Tahir,也在其Youtube影片中提到,MAKE VOLUNTEERING A LIFESTYLE: https://store.iamfaithmen.com #iamFAITHMEN - Faizal Tahir dan Sukarelawan Raikan Raya Bersama Warga Emas di Pusat Jaga...
sukarelawan pendidikan 在 Ainie Haziqah Facebook 的最佳貼文
Selamat Hari Guru kepada semua pendidik!
Menjadi pendidik bukanlah terutamanya di waktu yang sukar ini. Mereka telah berkorban jiwa dan raga bagi memastikan pendidikan anak murid terus terbela.
Marilah kita sama-sama megucapkan terima kasih kepada guru dan warga pendidik. Secara peribadi saya sendiri telah mengenali banyak guru-guru hebat sepanjang menjalankan kerja-kerja sukarelawan, #SundayNightWithAH dan kepeguaman.
Terima kasih Cikgu! ❤️
Ikhlas daripada,
AINIE HAZIQAH
Exco Srikandi BERSATU Malaysia
sukarelawan pendidikan 在 Ainie Haziqah Facebook 的最佳解答
USAH BIARKAN ANAK MUDA PELAJAR KITA TERCICIR
Semenjak berlakunya pandemik dan diikuti pula dengan bencana banjir yang membelenggu negara kita, isu mengenai cabaran yang dihadapi pelajar serta guru dalam menjalani pembelajaran kerap kali dibincangkan di media massa. Baru - baru ini, saya sendiri diberikan kesempatan untuk berbual dengan golongan pendidik sewaktu sesi siaran langsung Facebook bagi memahami permasalahan ini daripada perspektif guru.
Tidak dapat dinafikan, jurang dari segi infrastruktur , capaian Internet, kemudahan peranti pintar bahkan perbezaan latar belakang dari segi pendapatan isi rumah, menyebabkan berlakunya jurang pendidikan yang amat besar antara pelajar di negara kita , baik di bandar mahupun luar bandar. Kita perlu sedar bahawa sekiranya jurang ini tidak ditangani dengan pantas dan lebih komprehensif, lambat laun guru-guru kita akan mengalami kekangan untuk menyampaikan pembelajaran secara efektif dan lebih ramai pelajar kita akan keciciran dalam pembelajaran mereka.
Apabila berbicara mengenai isu ini, saya amat terkesan dengan situasi yang terjadi di Sabah. Melalui sukarelawan NGO Happy Bank Crew di sana, saban hari kami dikhabarkan mengenai situasi pelajar yang bukan sahaja tidak mempunyai capaian Internet serta peranti pintar, mereka bahkan menghadapi kekangan daripada aspek kemudahan air dan elektrik untuk mereka belajar dalam keadaan yang selesa. Pada saat orang lain sudah pantas menggunakan capaian 'google', ada sebahagian daripada pelajar di sana yang tidak langsung mengetahui kewujudan internet. Saya amat kagum dengan kegigihan dan kreativiti guru - guru di sana dalam memastikan pelajar mereka masih dapat mengikuti sesi pembelajaran.
Aspirasi kerajaan untuk mewujudkan kesamarataan daripada aspek pendidikan di negara kita hendaklah dipandang serius. Belanjawan 2021 yang telah dibentangkan untuk membantu sekolah-sekolah pedalaman, meningkatkan infrastruktur dan capaian Internet serta membantu anak - anak pelajar dan keluarga yang memerlukan seharusnya disalurkan dengan pantas dan lebih efektif agar kemudahan pembelajaran dapat dinikmati secara sama rata oleh anak - anak pelajar kita. Saya juga merasakan bahawa sudah tiba masanya agar badan-badan NGO memikirkan inisiatif untuk menyalurkan bantuan alatan pintar atau router untuk membantu kelompok pelajar dengan cara memberikan bantuan untuk mereka belajar. saya yakin bahawa kita juga secara tidak langsung, memberikan mereka jalan untuk keluar daripada kepompong kemiskinan. Selain itu, ibu bapa juga perlu cakna, memberikan motivasi serta memberikan ruang kepada anak- anak untuk belajar.
Kita memerlukan usaha sama daripada semua pihak untuk membantu anak - anak pelajar kita. Tidak ada seorang pun yang sepatutnya dibiarkan tercicir di negara ini. Isu kesamarataan pendidikan ini adalah isu hak kemanusiaan anak - anak kita untuk menerima pendidikan dan isu ini tidak boleh kita pandang secara enteng. Pendidikan, keselamatan dan kesihatan anak - anak harus kita utamakan. Mereka adalah masa depan negara ini dan saya menyeru kepada semua, usah kita biarkan anak - anak pelajar kita tercicir dalam pembelajaran mereka.
AINIE HAZIQAH
Ketua Wanita Muda Negara
Berita penuh:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/01/27/kesan-pdpr-lembab-kami-risau-murid-jauh-ketinggalan-kata-guru-di-pedalaman-sabah/
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/01/780262/pdpr-keluarga-b40-perlu-bantuan-komputer-data-internet
sukarelawan pendidikan 在 Faizal Tahir Youtube 的最讚貼文
MAKE VOLUNTEERING A LIFESTYLE: https://store.iamfaithmen.com
#iamFAITHMEN - Faizal Tahir dan Sukarelawan Raikan Raya Bersama Warga Emas di Pusat Jagaan Sri Mesra
Kempen Raikan Raya anjuran bersama #iamFAITHMEN dan Red Box Karaoke dengan kerjasama Awang Brand telah pun melabuhkan tirai pada 12 Julai 2017 yang lalu. Kami telah memilih Pusat Jagaan Sri Mesra, Ampang sebagai lokasi pertama dan buat julung kalinya, Faithmen telah membuka peluang kepada orang ramai untuk turut serta sebagai sukarelawan bagi sama-sama maraikan warga emas di sini.
#iamFAITHMEN bertujuan untuk mengubah kehidupan kepada yang lebih baik melalui peluang, pendidikan, perkongsian dan inspirasi. Positiviti merupakan sesuatu yang mudah berjangkit. Daftar email anda dan jadi segbahagian dari kami : http://www.iamfaithmen.com
Pakai produk FAITHMEN sebagai sokongan dan solidariti kepada kemanusiaan. Dengan setiap pembelian, sebahagian daripada hasil jualan akan disalurkan kepada dana amal #iamFAITHMEN.
Ikuti kami di media sosial:
http://iamfaithmen.com
http://facebook.com/iamfaithmen
http://instagram.com/iamfaithmen
http://twitter.com/iamfaithmen