#ilhamsanubari malam ini di @buletinfm :
💔
“Salam abang Fedtri. Saya nak cerita yang hari ini hari yang gelap untuk saya. 2 tahun, 3 bulan bergelar suami. Cukup untuk buat saya trauma untuk bercinta atau untuk ada dalam hubungan yang serius selepas ini. Saya harap jika ada keinginan untuk kahwin lagi selepas ini, saya akan ingat hari gelap ini sampai bila bila. Harapan saya terhadap perkahwinan terlalu tinggi, semoga kekal hingga ke Syurga. Namun, takdir penentu segala, hubungan ini berakhir di Neraka dunia. Alhamdulillah, saya syukur, saya redha. Jika ujian hidup ini untuk memudahkan perjalanan saya untuk ke syurga, saya redha. Insya Allah. Tak semua lelaki mudah untuk melafazkan talak. Dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim dan ucapan dua kalimah syahadah. Seterusnya, mulut saya dipaksa untuk melafazkan cerai, mengulangi apa yang hakim mahkamah sebutkan. Saya cuba kuatkan semangat tapi air mata mula mengalir perlahan dan akhirnya tangisan yang saya rasa tiada kesudahan. Waktu ini saya keseorangan. Tiada keluarga di sisi. Hanya Allahuakhbar keluar dari mulut ketika menangis, berharap semuanya akan berakhir dengan cepat dan boleh kembali tenang seperti biasa. Air mata terus mengalir, tangisan menjadi semakin kuat. Tidak mahu orang lain nampak, saya pakai face mask dan sunglasses hitam saya. Terus tertunduk dan terus menangis. Cermin pintu diketuk oleh keluarga mertua. Saya tidak melayan pada mulanya sebab waktu itu saya hanya mahu menangis sahaja. Mereka lama berada diluar kereta menunggu saya dan untuk tidak hampakan mereka, saya kuatkan semangat untuk bercakap dengan mereka. Perkataan ampun dan maaf dari keluar dari mulut masing masing tanpa henti. Situasi ini saya tak pernah bayangkan akan terjadi. Melihat orang yang lebih tua dari saya juga meminta maaf dan menangis. Keluarga mertua sangat baik dan saya hormati mereka.”
同時也有44部Youtube影片,追蹤數超過7,400的網紅Hamka Kereta Mayat,也在其Youtube影片中提到,Anak autisme saya ada masalah nak bercerita, pergi sekolah tiada apa cerita yang mampu dikongsikan, semua soalan tidak di jawab, bila PKP, sekolah tut...
「syukur alhamdulillah」的推薦目錄:
- 關於syukur alhamdulillah 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於syukur alhamdulillah 在 Facebook 的精選貼文
- 關於syukur alhamdulillah 在 ALHA ALFA Facebook 的精選貼文
- 關於syukur alhamdulillah 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的最讚貼文
- 關於syukur alhamdulillah 在 sofyank96 Youtube 的最佳解答
- 關於syukur alhamdulillah 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的最佳貼文
- 關於syukur alhamdulillah 在 Wafiq Azizah - Syukur (Alhamdulillah) #GENERASIUNGU 的評價
- 關於syukur alhamdulillah 在 حاناني on Instagram: “syukur, alhamdulillah ” - Pinterest 的評價
- 關於syukur alhamdulillah 在 syukur-alhamdulillah Profiles - Facebook 的評價
syukur alhamdulillah 在 Facebook 的精選貼文
Kata-kata dari seseorang ni tersemat dalam diri saya, dan buat saya ada sebab lebih besar utk terus buat kebaikan.
Kalau nak diikutkan, anytime, saya boleh je pakat buat content, buat kontroversi murahan/gosip buruk dan bayar beribu pada media yg laju menyebarkan 'dakwah' negatif kepada generasi muda, dan terus upkan nama saya dlm industri. Mana keberkatan rezeki yg saya dapat tu nanti? Bagi pada keluarga?
Alhamdulillah syukur saya dikurniakan akal yg waras untuk bezakan baik & buruk. Biar org kenang & gunakan ilmu dari kita yg bawa manfaat. Moga kita dijauhkan dari fitnah akhir zaman ni.
Dunia ni sementara, jangan terjerumus dan terpedaya dengan tipu daya dunia. Hala tuju utama kita kehidupan di sana.
Biar org pandang kita sebagai seorang yang berilmu, berprinsip dan bertuhan. Kita ada Yang Maha Besar lebih hebat dari segala permainan dunia yang sementara ni.
Jika tiada yg ingin jadi contoh yg baik, biarlah kita sendiri jadi yg pertama. Terutama buat anak & keluarga yg jadi amanah utama kita💙 #tweettm
syukur alhamdulillah 在 ALHA ALFA Facebook 的精選貼文
nahh utk awak SUPERSTOKIS @alhaalfacosmetics_hq yg berjaya..TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA buat sale rm2juta + SETAHUN😭🤲🏻💪🏻💪🏻syukur rezeki PKP.. kalau korg nak tau, 5 tahun dlu, beliau meniaga product, n saya lah agent beliau..mula2 sy restock 10 kotak je..seminggu habis..then amik lagi stock..bagusnya beliau xmintak modal, bantu2 sy cari duit poket..satu hari dia ada cakap satu benda ni yg buat sy TERNGIANG2 smpi sekarang..”mula2 10box, satu hari nanti mesti alha restock 10k box” sambil berguraw..dlm hati saya,,mana mampu sy nak bayar smpi 10k box product…BUT!! now rezeki ALLAH SWT,,dia pulak jadi SUPERSTOKIS saya..syukur alhamdulillah atas rezeki..n TAHNIAH KEPADA @waniekmal iaitu STOKIS KL, dan ANAK2 bawah jagaan beliau..terima ksih atas rezeki, harini sy bg AWARD kat beliau..sbb haritu dia cabar sy hantar bunga! OKKKK!! sy xmain2 setakat2 bunga2 fresh ni..haahhaha sy hantar CASH RM50k terusss ok?? sebagai semangat utk awak n anak2 team! TERUSKAN MEROKET SETINGGI MAMPU, kami di @alhaalfacosmetics_hq amat amat menghargai usaha keras awak dan team! love u!! 😭🤲🏻🤲🏻🙏🏻🙏🏻 sbbkan awak yeeeee saya bawak VAN manual dr kajang ke KL 😏😏😣😣 xmuat masuk velfire hhaha!!
.
.
anda nak buat DUIT kepok2?? jummm DM @alhaalfacosmetics_kl
@alhaalfacosmetics_kl @alhaalfacosmetics_kl
just inform kata nak jadi AGENT ke, anak buah ke, anak beranak ke,, nanti beliau akan didik anda ok ❤️❤️
syukur alhamdulillah 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的最讚貼文
Anak autisme saya ada masalah nak bercerita, pergi sekolah tiada apa cerita yang mampu dikongsikan, semua soalan tidak di jawab, bila PKP, sekolah tutup, lagi sukar nak belajar
Mujur Hospital tak tutup, namun Doktor Pakar terapi bagitahu tak boleh buat terapi di Hospital zaman Covid ini, jadi saya kena buat sendiri di rumah.
Bila saya masuk Group Autisme, banyak saya dapat aduan, suami tak hiraukan anak syurga, semua diserahkan pada isteri untuk buat terapi, ada kes bercerai sebab dapat anak OKU.
Tak boleh macam tu bang, anak syurga tu anak pasangan bersama.
Hak mereka kena tunaikan, barulah mereka boleh tarik kita ke syurga InsyaAllah. Jangan biarkan isteri buat semua kerja terapi ni, bantu sama sama.
Dan walaupun sudah bantu anak syurga, tak semestinya kita terus masuk syurga, kerana yang dijamin syurga itu anak OKU kita, bukan ibu bapanya, bermakna kita sebagai ibu bapa selain tunaikan hak anak, dalam sama yang sama wajib taat perintah Allah, sama macam parent yang lain,
Yang tidak ada anak syurga, mungkin diuji tiada anak, yang ada anak normal, di uji anak derhaka, belum cerita ujian pasangan, ujian kena buang kerja, ujian terputus rezeki, ujian penyakit kronik dan macam macam lagi ujian hidup.
Maka sedarlah Kita bahawa kita yang ada anak OKU, bukan berada di kemuncak segala ujian, sebab ada orang yang lebih sukar ujiannya dari kita tapi masih mampu bersyukur, dan ada orang lebih ringan ujian hidupnya dari kita tapi sentiasa berkeluh kesah.
Sungguh semua orang sedang diuji, dan kita, dah tentu di uji dengan karenah anak syurga.
Lalu syukur dan Sabar silih berganti, Ikhlas dan Khauf amat membantu. Insya-Allah.
Teringat hadis dari Rabi'ah bin Ka’b r.a berkata:
“Aku menginap bersama Nabi SAW dan membantu beliau untuk menyiapkan air wudunya dan keperluan lainnya. Kemudian, Rasulullah bersabda, ‘Mintalah sesuatu kepadaku.’Aku menjawab, ‘Aku mohon agar dapat menemanimu di syurga.’ Lalu, Nabi SAW bersabda, ‘Bantulah aku untuk dirimu dengan memperbanyak sujud’ (HR Ahmad, Muslim, An Nasai, dan Abu Daud).
Bermakna dari hadis ini, seorang sahabat yang menyenangkan Nabi sehingga mendapat tawaran apa sahaja, kerana doa Nabi yang makbul, telah memilih Syurga, namun Nabi tetap pesan,:
‘Bantulah aku untuk dirimu dengan memperbanyak sujud’
Bermakna diri sendiri kena ada usaha ke Syurga, banyakkn sujud, maka mudahlah Nabi membantu kita ke Syurga.
Jadi InsyaAllah akhirat nanti anak syurga kita akan bantu kita ke syurga kerana kesabaran kita dalam menunaikan haknya, atau dalam dalam susah senang hidup bersama.
Namun, untuk ke syurga bersama anak syurga, ingatlah pesan Nabi:
‘Bantulah aku untuk dirimu dengan memperbanyak sujud’
Maka untuk kes kita, ‘Bantulah anak syurga kita untuk diri kita sendiri dengan memperbanyakkan sujud’
Alhamdulillah.
Maka Video ini adalah contoh terapi terkini "Belajar lima patah perkataan”
Semoga lepas tengok video ini, semua Parent yang sekasut macam saya, datang semangat nak buat terapi kendiri di rumah bersama anak syurga.
Mudah mudahan anak kita mampu bercerita pada kita di dunia, dan Apa yang pasti disyurga nanti, anak syurga kita pasti akan banyak nak bercerita.
Woha!
Link video terapi 5 patah perkataan: https://youtu.be/tx6uRz27L1U
Link video terapi 4 patah perkataan: https://youtu.be/qDR5PulFw3E
syukur alhamdulillah 在 sofyank96 Youtube 的最佳解答
Alhamdulillah akhirnya kami berjaya siapkan iklan raya terbitan kami sendiri dengan kerjasama daripada lembaga zakat selangor. Syukur Allah mempermudahkan urusan kami.. Semoga mesej yang kami cuba sampaikan di dalam video ini dapat difahami oleh penonton.. Terima kasih semua!
Follow us on Instagram for the latest videos and updates :
- https://www.instagram.com/sofyank96/
- https://www.instagram.com/markdeen_04/
syukur alhamdulillah 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的最佳貼文
Anak anda seorang OKU? Apa nak buat?
Mula muka kena faham.. Segalanya telah tertulis, di alam roh sana, Allah dah takdirkan ada kelahiran yang akan OKU, dan ada parent yang akan dapat anak OKU, toleh kiri toleh kanan, saya rupanya dapat anak OKU, Alhamdulillah.
Saya terima dia sebab Allah dah bagi, tak perlu saya cari jawapan untuk “kenapa?” sebab hidup ini terlalu singkat untuk mencari jawapan bagi kejadian alam yang luasnya tak bertepi, maka dengan baki nikmat yang ada, saya Tanya “bagaimana”.., yer,, tanya bagaimana baki nikmat yang ada untuk saya cipta bahagia di daerah yang mampu saya kawal InsyaAllah
Rezeki turun dari langit menjadi takdir kepada ibu bapa terpilih di bumi, bertabahlah ibu bapa sekalian, rezeki anak, hakikat hidup? nak pilih lelaki atau perempuan pun tak mampu, apatah lagi nak pilih anak OKU atau normal, bukan kuasa kita.
Kuasa kita, syukur, redha, sabar, dan ikhlas, itu pun dah cukup banyak pilihan yang ada. Alhamdulillah...
Hakikatnya, Rezeki tak pernah salah alamat, anak OKU itu, adalah rezeki untuk tarbiah jiwa ibu bapa hingga ladang pahala terbentang luas dalam rumah kita, dan jika kedua dua belah kaki kita sudah di ladang pahala, maka gerbang syurga pasti akan memanggil nama anak kita semua.
Semoga Woha sampai syurga!
Jom sambung sembang dalam bicara tentang pengalaman keluarga bersama anak syurga di Video penuh.
Woha!
@perpustakaanUniversitiMalaysiaPahang
syukur alhamdulillah 在 حاناني on Instagram: “syukur, alhamdulillah ” - Pinterest 的推薦與評價
Oct 26, 2021 - 682 Likes, 9 Comments - حاناني (@doubtlesshana) on Instagram: “syukur, alhamdulillah ” ... <看更多>
syukur alhamdulillah 在 syukur-alhamdulillah Profiles - Facebook 的推薦與評價
View the profiles of people named Syukur Alhamdulillah. Join Facebook to connect with Syukur Alhamdulillah and others you may know. Facebook gives people... ... <看更多>
syukur alhamdulillah 在 Wafiq Azizah - Syukur (Alhamdulillah) #GENERASIUNGU 的推薦與評價
Wafiq Azizah - Syukur ( Alhamdulillah ) #GENERASIUNGU. Watch later. Share. Copy link. Info. Shopping. Tap to unmute. ... <看更多>