*TAUSIYAH DARI PESANTREN 3.0*
.
Assalamualaikum, kami dari DC Universal Travel & Tours Sdn Bhd ingin bawakan anda ✈️ ke Bandung, Indonesia untuk program Tausiyah Dari Pesantren 3.0
.
Tausiyah istimewa ini akan dipimpin oleh pengasas Pondok Darrut Tauhid, Aa Gym (Kh. Abdullah Gymnastiar) pada *26-28 April 2017* dengan pelbagai aktiviti menarik untuk terapi hati.
Antara yang menarik sepanjang kembara 3 hari 2 malam ini adalah:
✅ makan tengahari di Ciwidey
✅ makan malam di Kampung Daun
✅ solat dhuha & tausiyah dari Aa Gym
✅ aktiviti berkuda & memanah
✅ lawatan ke Kartika Sari Dago, Hijab Store, Factory Outlet, Pasar Baru
✅ ke Darrut Tauhid Cottage
✅ Qiammullail di Masjid Darrut Tauhid
DAN BANYAK LAGI!
.
ANDA PASTI TAKKAN MENYESAL DENGAN PENGEMBARAAN INI!
.
Hanya 👇
RM 2499 seorang
.
Termasuk:
✈️ tiket penerbangan
✈️ cukai lapangan terbang
🏬 penginapan di hotel Cinamon
🚌 pengangkutan semasa program
🍚 makanan semasa program
💲 bayaran masuk ke tempat lawatan
.
BERMINAT??? Whatsapp ke 👉 017-983 8382 👈
👉 017-983 8382 👈
👉 017-983 8382 👈
.
Booking sekarang, hanya RM150 sahaja. Siapa cepat dia dapat. TEMPAT ADALAH TERHAD!
tausiyah hati 在 Heliza Helmi Facebook 的最佳解答
|AKU DI PESANTREN DAR TAUHID, BANDUNG INDONESIA|
.
Sudah lama sebenarnya menyimpan keinginan untuk merasai pengalaman berada di pesanteran atau pondok. Ingin sekali menimba ilmu di pondok. Kagum melihat mereka yang sentiasa dahagakan ilmu, sentiasa ingin belajar untuk menjadi muslim yang lebih baik
.
Hasrat ini terus tertanam dalam hati sehingga satu hari aku ternampak poster yang di postkan oleh @irmahasmie . Program namanya "ISTIQAMAH SELEPAS RAMADHAN ,Dar Tauhid Indonesia bersama @aagym . Terus aku melihat tarikh program ini dan melihat jadualku
.
"Ya Allah! Tarikh sangat cantik kerana tarikh untuk aku percuma, maksudnya free ! Cantiknya susunan Allah"
.
Terus membaca pister itu antara program menarik nanti ialah TAUSIYAH DAN QIAMULLAIL ,BERKUDA,MEMANAH bersama @aagym . 😭😭😭 Masa tu rasa nak pergi terus je!
.
Biasanya bila sebut BANDUNG, yang ada dalam benak fikiran kita yang "SYURGA MEMBELI BELAH" kan? Kali ini, perjalanan permusafiran ini lebih bermakna kerana diisi dengan pengisian 'CAHAYA PETUNJUK KEHIDUPAN' iaitu ILMU
.
Petang tadi kami sampai di Darul Tauhid, ketika itu ramai sekali pelajar sedang berkumpul dan mendengar taklimat khas dari @aagym . Waktu itu kamj diberi kunci bilik untuk berehat ( kami bermalam di pesantren ) . Apa lagi, aku segera letakkan beg dalam bilik dan terus menuju ke perhimpunan itu
.
Satu perkataan yang boleh aku katakan kali pertama melihat perhimpunan pelajar ini "MasyaAllah!!!!"
.
Siapa nak tahu kisah seterusnya? Kalau ramai komen "MasyaAllah" , Kak Ija in sha Allah , sambung kisah seterusnya.....
.
#DiariSeorangMujahidahKembaraDiBandung
#IslamIsFirstClass
#IstiqamahSelepasRamadhan
#DcUniversal
tausiyah hati 在 Fedtri Yahya Facebook 的精選貼文
*Hukuman Yang Tidak Terasa...*
Seorang murid mengadu kepada gurunya: "Ustaz, betapa banyak kita berdosa kepada Allah dan tidak menunaikan hakNya tapi saya tidak melihat Allah menghukum kita".
Guru menjawab dengan tenang: "Betapa sering Allah menghukum kamu tapi engkau tidak terasa".
"Sesungguhnya salah satu hukuman Allah yang terbesar yang menimpamu wahai anakku, ialah: Sedikitnya taufiq yang Allah beri untuk mengamalkan ketaatan dan amal amal kebaikan".
Tidaklah seseorang diuji dengan musibah yang lebih besar dari "kekerasan hati dan kematian hati".
Sebagai contoh:
Sedarkah engkau, bahawa Allah telah mencabut darimu rasa bahagia dan senang dengan munajat kepadaNya, merendah diri kepadaNya, sujud di hadapanNya.
Sadarkah engkau tidak diberikan rasa khusyuk dalam solat?
Sedarkah engkau, bahwa beberapa hari2 mu telah berlalu dari hidupmu, tanpa membaca Al-Qur'an?
Sedarkah engkau sudah tidak tersentuh dengan ayat ayat Al-Qur'an, seakan engkau tidak mendengarnya?
Sedarkah engkau bahawa telah berlalu berapa banyak malam yang panjang sedang engkau tidak melakukan Qiamullail di hadapan Allah, walaupun terkadang engkau tidak tidur malam?
Sedarkah engkau bahawa telah berlalu atasmu musim kebaikan seperti: Ramadhan... 6 hari di bulan Syawal. 10 hari pertama bulan Zulhijjah dan lain2 tapi engkau belum diberi taufiq untuk memanfaatkannya?
Hukuman apa lagi yang lebih berat dari itu???
Engkau merasakan beratnya mengamalkan banyak ketaatan (amal ibadah)?
Tidakkah Allah menahan lidahmu untuk berzikir, beristighfar dan berdo'a kepadanya?
Tidakkah terkadang engkau merasakan bahawa engkau mengalah di hadapan nafsu?
Hukuman apa lagi yang lebih berat dari semua in???
Sedarkah engkau, amat mudah bagimu mengumpat, mengadu domba, berdusta, memandang rendah pada orang lain, memandang kepada yg haram?
Sedarkah engkau, bahwa Allah membuatmu lupa kepada Akhirat, lalu Allah menjadikan dunia sebagai perhatian terbesarmu?
Ini semua hanyalah beberapa bentuk hukuman Allah kepadamu, sedang engkau tidak menyedarinya...
Waspadalah wahai anakku kerana hukuman yang paling ringan dari Allah terhadap hambaNya ialah: Hukuman yang terasa pada harta, atau anak, atau kesihatan.
Sesungguhnya hukuman terberat adalah "Hukuman yang tidak terasa" iaitu pada kematian hati, lalu ia tidak merasakan nikmatnya ketaatan, dan tidak merasakan sakitnya dosa.
Wahai anakku, perbanyaklah di siang dan malammu, amalan taubat dan istighfar, semoga Allah menghidupkan hatimu...
(Mafhum terjemahan dari tausiyah Syaikh Abdullah Al-'Aidan).
========================
Apabila kita merasa tiada dosa, sebenarnya, kita lah orang yang paling berdosa.