Hari ni ulang tahun perkahwinan kami ke 19, tadi saya up gambar awal kahwin, kemudian ada pembaca komen:
"Isteri abang puntianak ke? Sama jer tengok waktu anak satu hingga ada lima anak? Boleh Bagi tips sikit, macam mana nak awet muda?
*********
Alkisahnya, Austin Kleon, penulis buku Show your Work pernah berkata:
Jangan berkahwin dengan puntianak, jangan bekerja dengan puntianak, jangan menjadi penulis puntianak.
Apa maksud pesanan ini?
Puntianak kerjanya hisap darah, dan bila darah kita dihisap, maka kita akan menjadi sangat letih.
Jadi jangan berkahwin dengan puntianak bermaksud, tengok diapun rasa letih, bercakap dengan dia pun rasa letih, buat apa-apapun dengan pasangan tak rasa seronok tapi rasa letih maka itu bermakna korang sedang berkahwin dengan puntinak.
Sama jugak pesanan jangan bekerja dengan puntianak, masuk kerja jam lapan, jam Sembilan dah rasa penat, bos perah korang macam puntianak hisap darah tapi gaji tak seberapa, memang penat, malam ahad esok nak masuk kerja dah rasa penat itulah petanda korang bekerja dengan puntianak.
Jangan menjadi penulis puntianak pulak bila orang baca tulisan korang, orang akan rasa penat, maka saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada korang yang sudi beli semua buku saya, pernah pesta buku ada peminat bawa semua tajuk buku saya siap disampul buku itu dan minta tanda tangan dengan pesanan, tolong tulis lagi, tak puas membaca buku hamka keretamayat.
Di facebook pun ramai yang sudi baca tulisan saya, bermakna saya bukan penulis puntianak, sebab korang ada antara korang yang tak rasa penat follow penulisan saya sejak dari tahun 2006 (zaman blog) hinggalah 2021 (zaman facebook, IG, Youtube, Tik Tok dan sebagainya) lalu terlihatlah keretamayat masih meronda di sini dengan kisah santai beserta pesanan agama yang agak deep.
(nak beli buku, dari 12 tajuk, tinggal lima tajuk sahaja, boleh mesej ruang komen)
Akhir kata: Semoga kita semua tidak menjadi penulis puntianak, atau bekerja dengan puntianak, atau berkahwin dengan puntianak sampai bila bila.
Woha!
Tips awek muda: Baca taklim setiap hari, InsyAllah akan kurangkan stress kehidupan sebab janji Allah membuat hati menjadi tenang, oh yer, rumah saya juga ada threadmill. (link shopee: https://invol.co/cl607e7)
Woha!
Link shopee kitab Taklim: https://invol.co/cl5mi9t
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
threadmill 在 Facebook 的最讚貼文
Anak OKU selamatkan saya?
Alkisahnya, saya ada anak OKU Autisme, salah satu masalah, suka tengok Youtube tak berhenti henti, jika tutup internet, dia akan mengamok, menjerit, dan menggigit.
Bila jumpa Pakar Terapi, nasihat doctor, anak kena banyak buat senaman, kurangkan screentime mereka.
Pendek cerita, satu hari saya bawa anak ziarah rumah kawan saya yang kaya, dan anak teruja dengan Treadmill, dia berlari setempat sambil tonton TV.
Wah, ini sudah bagus, senaman dan screentime Youtube jarak jauh, tapi bila borak dengan kawan saya yang kaya dia bagitahu..
Treadmill ni ada 2 model. (1) Home use - yang jual kat Mall, (2) Commercial use - yang pakai kat Gym
Home Use ni harga dia mahal sebab orang tak tahu kualiti dia dan brand dia. Orang tau nak lari kat rumah je. Tapi kalau orang tau, orang akan sedar bahawa mereka beli Kancil dengan harga Mercedes untuk bawak gi racing.
Kalau beli Commercial Use, harga Mercedes, dapat Mercedes. Malangnya.. commercial use yang dibeli dengan harga Mercedes tadi sebenarnya harga Merc Recond.. Kalau harga baru, dia harga Ferarri
Treadmil yang bagus dan tahan dan boleh jual balik ialah yang commercial macam kat Gym. Besar gedabak, takleh lipat, tapi boleh tahan 180kg naik dan boleh melompat lompat atas tu tak ada masalah. Tapi harga Threadmill tahan lasak tu, antara RM15 ribu ke RM35 Ribu sebijik.
Kalau harga Recond Commercial Treadmill.. Rm5 ribu ke RM7 ribu sebijik.. Mahal tapi hargahnya hampir sama harga dengan Treadmil baru home use di Mall yang tidak tahan lasak!
Berpeluh saya dengar penerangan dari sahabat saya yang kaya itu, kemudian dia bagi saya amaran.
Awas Hamka! Masalah treadmill ini bila kita dah mula start jadikan Treadmill tu penyidai baju.. maka akan tiba hari rasa nak jual balik, sesungguhnya takde orang akan beli Home Use Treadmill Second Hand (melainkan orang baru yang tak tau juga la).
Tapi jika kau amabil Commercial Treadmill, sama ada baru atau rekond, bila nak jual balik, maka owner-owner Gym akan tak henti-henti call umpama dapat lembu nak jual rm1000 sekor sebelum raya Haji.
Dan demi sesungguhnya.. Treadmill dan penyidai baju itu akan sentiasanya bertemu nasib (Woha!)
Jadi kau pilihlah Hamka, beli Treamill recond memang power, tahan lasak, sparepart banyak sebab Commercially used kan.. tapi takleh lipat.. dan memang besar. Makan ruang panjang 8' x 4',
Jadi biasanya orang kalah dengan point ni dan decide pergi Mall beli Treadmill murah boleh lipat dengan harga RM 8 ribu bayar ansur-ansur lepas tu datang makcik gemuk mari nak try, Roller Patah,Getah kendur, terus Treadmill simpan lipat atau kekal Penyidai baju walau hutang ansuran belum habis bayar.
Saya Tarik nafas, dan akhirnya, demi anak syurga, saya keluarkan simpanan bertahun tahun sebanyak RM2000, lalu pergi cari di Mall dan jumpa sebuah Treadmill paling basic.
Boleh mendaki sikit, boleh guna dua jam tanpa henti, boleh laju gila, boleh lipat, saya terus beli demi merawat anak syurga OKU Autisme.
Maka bermulalah kisah anak OKU saya berlari sambil tengok Youtube.
Tiba tiba masuk PKP, kejadian tak di ingini berlaku pada diri saya iaitu makan banyak tak henti henti, umur dah dekat 50 tahun, Tapi TehTarik sampai lima gelas setiap hari, Makan Nasik tiga kali, minum pagi, ,minum petang, dan makan lewat malam juga makan, lima kali makan! memang gemok gila.
Tapi mujurlah, dalam stress berkurung dan makan, takdir Allah, rumah saya ada Treadmill alat terapi anak syurga ini, maka saya guna sambal menonton yang mana layan movie 1 jam setengah sambil berlari jer, perghhhhh.
Habis semua movie Panjang saya layan selamba sebab sambil layan sambil jalan kaki, Harry Porter?, LOTR? Vincenzo? The Kingdom Zombie? Strangers Things? Semua saya layan sambil berjalan kaki berpuluh puluh kilmoter, satu movie dua ke tiga kilomter.
Ceramah agama?, Motivasi? Dokumentari? Semua saya layan sambil jalan kaki berjam jam. Satu ceramah agama, dua kilometer saya jalan kaki.
Jadi sekarang PKP3.0. Nak jogging kat luar katanya covid merebak ikut udara, Takpelah duduk rumah lama mana pun, sementara saya masihh selera makan, Alhamdulillah, dan hari hari masih berpeluh asbab alat senaman ini. Alhamdulillah.
Terima kasih Treadmill, terima kasih anak syurga saya yang menakdirkan saya beli alat ini.
Woha!
Jika korang nak beli, Shopee buat diskaun, sangat rekemen, sebijik macam saya punya, senang lipat, dan boleh masuk bilik sebab muat pintu, nak beli klik sini, jom dengar kuliah sambil jalan kaki:
https://invol.co/cl5gbmt
https://invol.co/cl5gbmt
https://invol.co/cl5gbmt
(Cerita bersama bukti bergambar-Woha!)
threadmill 在 Facebook 的最佳解答
Pic - Looking good feeling good ...
As we grow older it’s just getting tougher
to keep fit . Our metabolism starts to slow down . Our work kept us occupied . Our children wants to spend time with us .
The food just gets tastier . And time is not on our side .
For those who are above 45 or have husbands / friends at that age - buck up !
Our health comes first . Stop giving excuses . Go out there and workout .
We must always have 30 minutes of our very own time to build up our fitness .
Even 20 minutes on the threadmill a day is
what the body needs .
15 minutes of swimming a day is fine too.
30 minutes of working out at the gym is even better .
Increase your metabolism on a daily basis .
I never believed in diet . Just try to eat a moderate portion with lots and lots of vegetables .
The only reason that motivates me to look good is for my children . That’s what keeps me going ...
Start today Everyone ...
Just sharing ...
Motivation Of The Day ...
PS - Heading to Port Dickson for a 3 Day holiday with the family shortly .
Not forgetting my jogging shoes ... 😀