Melintas lintas gambar kahwin di memory Facebook, maklumlah, September ni bulan ulang tahun perkahwinan.
Jadi sempena orang tanya tentang kitab taklim,
Maka saya imbas Kembali, kenangan Malam pertama kahwin, maka berboraklah kami suami isteri akan beberapa rangkap perbualan sewaktu buka hadiah yang ada kitab taklim dalam kotak, maka saya berkata:
“Sayang, mulai malam ni, kita akan wajibkan keluarga kita baca hadis dari kitab ini selama 15 minit ke setengah jam”
“Jika habis, baca kitab mana pula?”
“Kita ulang balik, sebab hadis no 1 pun kita belum dapat amal sempurna”
“Satu kitab ini sahaja?”
“Ada tiga kitab, Mutakhab Hadis karangan Maulana Yusuf, Fadail Amal karangan Maulana Zakaria, dan Fadhilat Sedekah, Kitab yang orang hadiahkan ini Fadhail Amal versi terbaru”
“Kenapa kena baca kitab tiga ini sahaja?”
“Sebenarnya lepas perang dunia kedua, Maulana Tabligh mendapati punca orang islam bergaduh adalah kerana tafsir berbeza bab hukum hakam, dan untuk satukan ummat Islam, kita kena baca satu kitab yang bebas unsur tafsir berbeza tapi zaman itu kitab ini belum wujud”
“Kira kitab ni baru wujud lepas perang dunia ke dua?”
“Ya betul, sebelum ini kitab ulamak terdahulu bercampur ilmu hukum hakam dan fadail, maka Maulana Aliyas, ketua Jemaah Tabligh arahkan anak saudaranya, Maulana Zakaria, seorang pakar hadis untuk buat kitab kompilasi Fadail Amal”
“Saya baru tahu ni”
“Maka munculah kitab Fadhilat solat, Fadhilat zikir, Fadilat puasa, Haji, sedekah, dan banyak lagi”
“Jadi kitab Fadail Amal ni adalah koleksi semua kitab itu dalam satu buku?”
“Ya betul, kemudian bila Jemaah dakwah banyak belajar sifat sahabat melalui enam perkara asas agama, maka anak Maulana Yusof karang kitab Mutakhab hadis tentang enam sifat sahabat dan Hadis Fadail”
“Okey, benda ni baru bagi saya, sila beri tunjuk ajar”
“Bukan hadis sahaja dalam kitab ini, ada juga ayat Al quran, yang mana Ayat Allah dan Hadith bila dibacakan, akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pembaca dengan syarat pembaca faham apa yang di baca dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri”
“Jadi kitab ini baca versi Bahasa melayu lah kan?”
“betul, kita kena faham apa kita baca, cuba Kita rujuk kepada masyarakat Jahiliah di zaman nabi dulu, sebuah masyarakat yang terkenal dengan kejahatan seperti bunuh anak perempuan hidup-hidup, minum arak dalam tengkorak berdarah, dan berjudi dengan membunuh wanita mengandung untuk teka jantina bayi.. serta lain lain maksiat..”
“saya kena catat nasihat abang ni..:
“Takpe, malam ni dengar dulu, sambung kisah sahabat, bila mereka mendengar suara Nabi yang membaca Al quran dan hadith, maka satu cahaya nurani yang terang telah datang dan menerangi hati si pendengar sehingga meleleh air mata mereka keinsafan sehingga akhirnya mereka memeluk agama islam dan bersolat tak jemu-jemu”
“oh, inilah yang abang cakap majlis suara Nabi tu, kan?”
“Ya betul, Maka kerana itulah para ulamak telah menggalakkan kita agar menghidupkan bacaan Hadith Nabi dirumah kerana apabila ‘Suara Nabi’ di dengarkan, maka ianya akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pendengar dengan syarat si pendengar faham apa yang di dengar dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...”
“Saya setuju”
“Terima kasih sayang sebab setuju, kita semua tahu Ilmu penting, kena belajar, tapi jika hati gelap.., maka takde kekuatan untuk amal ilmu kerana hati menjadi buta sehingga tidak nampak kelebihan dari perintah Allah...”
“Benar..”
“Untuk itu, mulai mala mini jom kita belajar-belajarlah menghidupkan ‘Suara Nabi’ (bacaan ta’alim) dirumah pada setiap malam selepas isyak dan bila ada anak kelak, atas riba lagi kita dah baca pada mereka”
“Abang nak anak berapa orang?”
“Target Muat satu kereta sekurang kurangnya, kalau boleh nak ramai lelaki agar dapat sambung kerja dakwah”
“Amin, bagaimana kaedah bacanya?”
“ Baca hadith Nabi jika boleh ulang tiga kali.., maka insyAllah.., ianya akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pendengar dengan syarat si pendengar faham apa yang di dengar dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...”
“Kena tafsir ke?”
“Tak perlu tafsir sebab dah ada tafsir kat bawah.., baca jer.., Zaman sahabat, mereka boleh dengar hari hari suara nabi lalu merekapun improvekan diri masing masing, sekarang, Al quran dan hadith telah menjadi warisan Nabi, tinggal kita nak kena hidupkan kembali 'suara Nabi' agar anak isteri dapat mengambil manfaat seperti mana anak isteri sahabat yang mendengar 'suara Nabi' dari suami mereka yang bercerita akan sabdaan Nabi setelah bergaul dengan Nabi sehari hari..”
“Kalau kita gaduh, camne Bang?”
“Baca jer sorang sorang, awak jika baca, saya yang marah terus tak jadi merajuk tau!”
“eh? Ni ada Kitab English?”
“Sama sahaja, ini versi BI, nanti waktu awak baca BM, saya semak dalam BI, nak tambah penguasaan Bahasa English, senang nak takluk dunia”
“Wow, lain macam laki saya ni”
“Kita baca Taklim ni tak lamapun, sampai mati jer.., tapi bila kita mati? Mungkin esok? Maka sampai esok sahaja..., kan?
*****
20 tahun kemudian, anak lima orang, empat lelaki, sorang perempuan, satu OKU autisme, dan Alhamdulillah tiap malam masih baca Taklim, Tiap pagi lepas subuh semua akan berceramah, lepas tu mesyuarat, lepas zohor muzakarah adab, lepas asar habiskan Zikir, lepas Magrib, mengaji, lepas Isyak, sambung Taklim dan muzakarah enam sifat sahabat.
“Dunia mereka macam mana?”
Anak sama jer macam anak orang, ada yang minat korea, ada minta Hindustan, ada minta tamil, suka jugak main game, macam anak orang lain juga.
“Sekolah macam mana?”
Anak sulong baru masuk UIA, anak No 2 MRSM, anak no tiga, sekolah agama, anak no empat, PdPR sekolah dekat jer, dan anak OKU, sekolah PPKI.
“Nak beli tiga kitab tu kat mana?”
Saya tak jual, tapi saya rekemen beli di Shopee link ini,
https://invol.co/cl61mfq
Ps: Demikian kisah borak saya dan isteri di malam pertama, korang malam pertama kahwin?, borak apa? Sebelum korang kongsi jawapan, saya jerit WOHA siap siap.
Woha!
「hukum sedekah」的推薦目錄:
hukum sedekah 在 Facebook 的最佳解答
Kuliah zoom Wasiat Ibnu Qadhamah oleh Ustaz Al Fadhil Ust Mat Esa Deraman (Tokku Pasir Gudang).
Bhgn 2 iaitu perosak amalan supaya amalan kamu tidak binasa dan usaha tidak menjadi sia sia. Jika amalan menjadi sia sia kamu tak dapat meraih balasan atas amalan kamu dan tidak dapat kerehatan orang menganggur. kamu telah mensia sia dunia dan akhirat.
1. Sifat Riak dan beramal mencari pujian manusia. Perbuatan itu syirik. Hadis Qudsi, siapa yang melakukan amalan bukan kerana aku, maka amalan itu utk orang yang dia lakukan. aku berlepas diri darinya. Kadang kala orang yang riak tidak mendapat apa yang dihajatkan. Maka rugi lah seluruh usahanya. Diriwayatkan satu kisah Ada lelaki sentiasa riak dengan amalannya. Bila dia melintasi orang ramai akan berkata ini orang yang riak. Demi Allah saya tidak memperolehi sesuatu pun, melainkan kerana Allah Taala. Jadi dia menukar niat. Bila dia menukar niatnya, orang ramai mengatakan ini lah orang yang soleh bila dia lalu di hadapan mereka.
2. Ujub. Bangga diri. Amalan tidak akan melepasi kepalanya. Iaitu Tidak diterima. Wahai Musa katakan pada orang beramal dengan penuh bangga diri, rugi.
3. Ketiga, menghina orang Islam dan menyangka engkau lebih baik dari dia.ianya menyebabkan segala amalan mu terhapus. Melintasi satu kota yang ada di dalamnya pencuri. Pencuri itu kenal Nabi Isa. Ini adalah Isa dan sahabatnya yang mulia. Sahabat bertanya Siapa pula kamu celaka? Aku pencuri yang celaka. aku pencuri yang mengganggu jalan. Lalu pencuri itu berjalan di belakang Nabi Isa dan temannya dalam keadaan bertaubat dan hina. Aku tidak layak berjalan bersama mereka. Aku akan berjalan di belakang mereka berdua sebagai orang yang hina. Sahabat Nabi isa menoleh dan kenal lelaki itu. Dia berkata pada dirinya, Siapa anjing ini yang berjalan di belakang. Allah mewahyu pada nabi isa supaya berkata pada kedua duanya supaya memulakan kembali amalan kebaikan mereka. Pencuri itu telah diampunkan kerana bertaubat dan rasa hina dirinya. Sahabat dihapuskan amalan kerana telah menghina pencuri yang telah bertaubat itu.
4. Menyalahi sunnah. Samada dengan perkataan, perbuatan atau iktikad. Rasulullah adalah dalil yang memberi petunjuk ke jalan yang lurus dengan Al Quran. Ikutlah sunnah Rasulullah. Sesiapa menolak dalil dan ikut jalan lain, akan sesat. Berjalan sebagaimana ia berjalan. Berhenti bila berhenti. Jangan engkau melangkauinya. Contoh Was was dalam solat melebihi basuhan yang disunatkan dalam berwudhu, melakukan solat dalam waktu dilarang. Puasa pada hari yang dilarang. Bila ingin melakukan suatu amalan yang kamu anggap sebagai satu ketaatan, tengok lah dahulu sunnah jika ada, lakukan. Jika tidak, tinggalkan.
Huraian
Apakah yang menyebabkan pahala terbatal. Beribadat tapi penat. Tak dapat pahala dan tidak mendapat ganjaran. 4 perkara membatalkan amalan menjadi debu dan tidak berharga. 4 perkara yang biasa berlaku dan mudah terdedah dalam kehidupan walau siapa pun kita. Tidak semestinya 4. Mungkin lebih.
Ibnu Qudhamah menyebut 4 perkara iaitu yang pertama, kerana perkara ini yang mudah dan biasa berlaku. Kedua, hanya sedikit terselamat daripadanya. Ketiga, besar nya perkara ini dari sudut membatalkan amalan sehingga kita kena mulakan baru. Seolah kita tak pernah beramal. 4 perkara tersebut ialah:
1. Riak. Buat sesuatu utk mendapat perhatian samada pujian atau takut kecamannya atau mengharapkan sesuatu. Mahukah aku beritahu pada kamu sesuatu yang lebih aku takut dari fitnah dajjal ialah syirik kecil. Seorang solat bila perasan orang tengok, dia akan hias solatnya. Inilah syirik kecil. Kenapa manusia riak? 2 faktor utama. Kita suka untuk berada tempat tinggi dari orang, kita suka pengaruh dan kedudukan. Pertama kita Suka dipuji, kedua, kita takut dikecam, ketiga kita nak apa yang ada di tangan manusia seperti harta dia, pengaruh dia dll. Penyakit ini adalah syirik kecil. Syirik besar hilang iman. Neraka kekal Masuk neraka. Syirik kecil hilang pahala. Kita mati dengan tak bawa apa apa. Tak ada nilai sedikit pun. Cth kita musafir di Mekah, hilang wallet pun dah kita cemas. Bagaimana orang riak pahalanya batal. Umpama orang pergi pasar Bawa uncang. Penuh uncang. Pergi pasar tunjuk barang itu ini. Orang pandang dan fikir dia banyak emas di dalamnya. Bila buka uncang, hanya batu tak ternilai. Tak boleh guna. Kalau sekiranya 2 ekor serigala kebuluran masuk kandang kambing. Macam mana kebulur, serigala tak makan semua kambing Cuma makan sekor atau dua kambing sahaja. Bukan semua. Tapi orang yang ada penyakit yang lebih perosak ialah Orang yg pertama tamak harta dan kedua orang yang riak. Kalau sekor Babi masuk ke ladang dan merosakkan kebun. Riak lebih teruk dari babi. Riak rosakkan ladang amalan kita dan akan di habiskan semua sekali sehingga tak bersisa. Ada juga sifat riak bercampur kerana Allah ada. Kerana manusia pun ada. Surah Kahfi ayat 110 saya nak cari redha Allah dan juga nak cari kedudukan di sisi manusia. Siapa yang nak jumpa Allah buat amalan soleh dan jangan menyekutu dalam ibadah akan sesuatu. Jangan ada perbuatan yang nak nilaian manusia. Ayat 264 baqarah bagaimana riak membatal amalan. Bandingan orang yg membelanjakan hartanya kerana riak pada manusia dan Tidak beriman dengan Allah dan hari akhirat. Umpama seperti batu licin. Yang atasnya ada tanah. Bila Hujan menimpa. Maka batu tadi tak tinggal apa apa kesan. Tak tingal satu pun pasir atasnya. Itu lah bandingannya orang riak. sesiapa sahaja buat amalan kerana manusia, di akhirat tak ada langsung amalan dia. Ada hadis yang menakutkan Bila kita ingin perhatian dan pujian manusia, sehingga kita lupa letak Allah dalam matlamat dan tujuan kita. Rasulullah menceritakan di akhirat kelak, akan dibawa 3 orang yang mereka dahulu yang masa dunia amat mulia amalan mereka. Pertama, Orang mati syahid. Mereka ditanya apakah yang engkau lakukan dg nikmat yang diberi pada kamu. Orang mati sahid jawab aku guna nikmat engkau beri untuk berperang ke jalan Allah. Sehingga aku mati syahid. Kamu bohong kerana kamu Berperang bukan kerana Allah tapi mahu dikatakan seorang yang berani. Kamu dah dapat gelaran orang yang berani. Malaikat heret masuk neraka. Syahid terbahagi 3. Syahid dunia berperang kerana dunia, syahid akhirat pula orang mati kerana wabak, bersalin, pandemik. Mereka akan DiUrus mcm biasa cuma dpt pahala seperti syahid akhirat. Syahid dunia akhirat. Ialah orang yang Berperang pada jalan Allah dan mati. Tidak dimandikan tidak kafan. Tidak disolat. Cuma dikebumi. Di akhirat dapat pahala besar. Kedua, orang ahli agama, ahli Quran dan mengajar Quran. Saya sampaikan kerana mu Ya Allah. Bohong. Kamu bohong kamu buat supaya dikata kamu orang alim. Ketiga orang kaya yang demawan apa kamu buat. Mana mana jalan kebaikan saya bantu saya sedekah kerana kamu ya Allah. Bohong kamu lakukan supaya dikatakan pemurah. Pergilah kamu ke neraka. Hadis ini memberi ancaman yang menakutkan. Amalan walau hebat bila ada riak, akan merosak amalan. Contoh masak makanan paling hebat. Cth Kambing golek resipi maghribi. Sedap. Tapi bila letak racun di dalamnya. Ada tak yang berani makan? Tak berani kerana Ada benda merosakkan jika kita makan. Begitu lah dengan amalan. Dah cantik tapi bila nak pujian manusia. Jadi sia sia. Nabi ingatkan bahaya perbuatan yang mana riak masuk dan merosakkan. Jangan biarkan riak merosakkan. Kita memang suka bila dipuji dan diketahui orang. Pertama bila buat satu amalan, qaasad kita kerana Allah Taala. , Biar qasad kita kerana Allah. Bila kita buat baik dan orang puji, itu tak boleh disebut riak. Riak ialah Permulaan kita bila buat untuk tarik pandangan manusia utk mereka memuji kita sehingga kita lupa tentang letak matlamat mencari redha Allah. Riak kerana suka dipuji. Satu perkara Siapa suka dipuji tak akan dipuji. Siapa tak suka dipuji nnt akan dipuji. Kita buat bukan kerana kita nak dipuji. Majlis ilmu baik. Kerana baik Kita datang kerana ianya baik. Kita kata kita nak dtg ke majlis ilmu kerana Allah. Bantu aku untuk tolak sifat riak. Bukan kerana nak orang puji. Bukan Nak orang pandang amalan kita.
2. Ujub. Riak kita nak orang pandang dan puji kita. Manakala ujub Pula bila sendiri rasa kita bagus. Kita rasa kita buat sesuatu dengan kemampuan kita. Bukan kerana pertolongan Allah. Dia berjaya kerana ilmu dan usaha dia. Sehingga lupa dia manusia berdosa. Orang yg ujub ada 3 benda dalam diri dia. Pertama, Lupa dosa. Bila ada dosa kita akan rendah. Kedua Rasa apa yang dibuat tu hebat. Tak ramai orang buat macam aku ni. Walhal apa dibuat tak besar sangat pun. Ketiga, Merasa bangga dengan diri. Saya ni bagus, kuat, alim gagah dan berbangga dengan diri dia dsb. Lupa dosa, rasa apa dia buat besar dan berbangga dg diri dia. Sejarah Umar Abdul Aziz anak dia abdul Malek gering. Apa kata Umar wahai anakku, aku berharap kamu lah yg akan memberatkan timbangan pahala aku. Anaknya pula berkata aku berharap kamu yang akan memberatkan amalan ku. Englau lah yang akan memberatkan timbangan aku. Masing masing rasa akan diberi syafaat. Bukan memberi syafaat. Jangan teruja bila orang kata kalau tak jumpa saya di syurga, carilah saya. Jangan ada rasa di akhirat, kita yang akan beri syafaat. Kalau di syurga tak nampak saya, cari lah saya. Jawab, Sama lah kalau tak jumpa kita di syurga, carilah saya. Jangan rasa kita layak dengan amalan kita melainkan dengan rahmat Allah. orang ujub rasa dirinya yang berhak. Bukan melihat rahmat Allah yang jadikan dia berhak. Ada 3 perkara kedekut yang diikuti hawa nafsu yang dituruti dan seorang yang kagum dg diri. Walau apa pun perbuatan besar yang kita buat. Sekiranya aku tertidur dan tertinggal qiamullai, lebih aku suka dari aku bangun qiamullail dan esok aku bangga diri. Kisah di mana seorang lelaki yang didatangi seorang lelaki mabuk, lalu Salam dan cium tangan. Dia menangis. Dia kata orang mabuk tadi cium kerana hormat agama dan ulamak Allah, mungkin dia Selamat. Tapi orang dicium tadi belum tentu selamat. Jangan teruja kerana kita tak tahu bagaimana kesudahan kita. Akan ada husnul khatimah dan suul khatimah. Ada kalangan kamu buat amalan akhirat sangat banyak sehingga jarak dia dengan syurga hanya sejengkal. Tapi dia buat jahat sebelum mati. Mati dalam kejahatan tadi sehingga masuk neraka. Rupanya amalan yang dibuat sebelum ini bukan kerana Allah. Kerana Allah akan dedah juga cepat atau lambat. Hadis, ada 3 hadis lelaki masuk syurga kerana membuang duri di jalan. sekadar buang diri di jalanan masuk syurga. Kedua, Lelaki bagi minum pada anjing. Letak dalam kasut. Diampun Allah dan masuk syurga. Hadis ketiga, Pelacur bani Israel bagi minum anjing. Allah ampuni dia masuk syurga. Ketiga hadis ini kata ulamak bukan tunjuk kelebihan bagi minum anjing atau buang duri. bukan perbuatan itu yang masuk syurga tapi kerana ikhlas kerana Allah. Bila ikhlas walaupun amalan kecil jadi besar. Kalau tak ikhlas, amalan besar jadi kecil dan tak ada nilai di sisi Allah. Amalan walaupun nampak tak dipandang manusia tapi dibesarkan. Amalan hebat tak ada nilai di sisi Allah. Kena mujahadah untuk dapat keikhlasan. Kita Kena kenal kita siapa. Dg hidayah Allah. Tak ada kita tanpa rahmat Allah. Bukan dari diri saya bukan kerana kepandaian saya. Bukan kerana saya bertuah tapi kerana rahmat Allah. Riak membatal amalan. Tak kan kita nak biarkan. Pasti kita pelihara. Tak kan nak rosak dg sifat riak. Orang riak sebab nak pujian. Orang ikhlas juga akan didatangkan pujian. Buat baik tanpa harap pujian tapi Allah datangkan pujian. Kalau kita buat baik Allah akan puji. Jangan cari pujian manusia. Biar Allah yang lebih puji. Bila Allah angkat seseorang. Dia akan merendah diri tanda dia akan naik.
3. Menghina orang Islam. Tak kira bangsa. Ada hak Perjanjian dengan Allah. Orang beriman itu bersaudara. Jangan ambil Mudah hak orang Islam walau bangsa lain dan dok tempat lain. Hak pertama Jangan hina mana mana orang Islam. Jangan cari aib dia, jangan gembira dengan musibah dia. Jangan kamu gembira bila Musibah nnt Allah selamatkan dia dari musibah dan pindahkan musibah pada kamu. Macam menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri. Sepatut doa keampunan untuk dia supaya bertaubat. Bila dengar orang mencuri. Jangan ingat kita Selamat. Apakah sifat mencuri tak akan berlaku pada kita. Allah yang membolak balikkan. Ibnu syarrah haffaz surah Al Baqarah boleh murtad. Dia dah tengok Rasulullah secara dekat tapi dia boleh murtad dan masuk kristian. Penulis wahyu tapi begitu kesudahannya. Doa Semoga Allah merahmati dia. Kena doa. Tak ada sorang Boleh jamin dia selamat dari maksiat. Ibnu qudamah bawa satu kisah. Melintasi satu kota yang ada di dalamnya pencuri. Pencuri itu kenal Nabi Isa. Ini adalah Isa dan sahabatnya yang mulia. Sahabat bertanya Siapa pula kamu celaka? Aku pencuri yang celaka. aku pencuri yang mengganggu jalan. Lalu pencuri itu berjalan di belakang Nabi Isa dan temannya dalam keadaan bertaubat dan hina. Aku tidak layak berjalan bersama mereka. Aku akan berjalan di belakang mereka berdua sebagai orang yang hina. Sahabat Nabi isa menoleh dan kenal lelaki itu. Dia berkata pada dirinya, Siapa anjing ini yang berjalan di belakang. Allah mewahyu pada nabi Isa supaya berkata pada kedua duanya supaya memulakan kembali amalan kebaikan mereka. Pencuri itu telah diampunkan kerana bertaubat dan rasa hina dirinya. Sahabat dihapuskan amalan kerana telah menghina pencuri yang telah bertaubat itu. Bersangka buruk dan memandang rendah taubat. Kata Nabi, orang Islam atas Islam yang lain perlu jaga keselamatan atau harta dan diri. Kita patut lihat orang lain lebih baik dari kita. Satu hadis, bila nampak orang jahat dia kata Allah tak akan ampun dosa kamu. Teruk sangat dosa dia. Jangan kata Allah tak ampun dosa kamu bila orang buat jahat banyak sangat. Siapa yang berani menceroboh hak aku yang aku tak akan ampunkan dosa fulan bin fulan. Aku boleh ampunkan dia dan batalkan amalan kamu. Kita Boleh cakap, Saya bimbang kalau dengan amalan awak ni, Allah mungkin tak akan ampunkan awak. Kita bukan nak hukum orang lain. Bagaimana kedudukan dia di sisi Allah, kita tak tahu. Hatta dia kafir sekali pun, mana tahu sebelum mati dia memeluk Islam. Jangan pandang rendah hidayah Allah. Allah boleh lakukan apa yang Allah kehendaki. Kita perlu sentiasa humble. Jangan tengok kita lebih baik dari orang.
4. Menyalahi sunnah. Ulamak sepakat Satu amalan tak akan diterima melainkan dengan 2 syarat. ikhlas dan tepat dengan sunnah. Dalam amalan kita tak boleh jadi pak turut. Kita belajar. Kita belajar untuk dapat ilmu. Menuntut ilmu itu wajib pada umat islam. Supaya buat ibadat bukan ikut tradisi. Kita ada disiplin solat, mengaji, puasa. Semua lengkap melingkungi kehidupan beragama supaya kita tahu islam menjelaskan tatacara dari ambil cara Wudhu sehingga selesai solat. Semua perbuatan ada dalil yang menjelaskan. Kita wajib belajar. Tanya orang yang tahu jika kamu tak tahu. Bertanya adalah kunci pada kebutaan itu. Setiap perbuatan mesti ada dalil. Bukan kerana nenek moyang suruh. Tapi rasulullah suruh buat. Jangan melangkaui Sunnah nabi. Jangan melampau dalam agama. Ada orang guna air membazir masa ambil wudhu. Islam ajar buat 3 kali. Lepas 3 kali dikira membazir. Bukan bila berwudhu di sungai basuh anggota lebih dari 3 kali. Jangan solat waktu diharamkan. jangan puasa hari yang diharamkan spt Hari raya, hari tasrik. Kena ikut nas. Ada yg was was dalam ambil wudhu. Rasa macam tak sah. Sampai habis air sekolah rasa tak sah lagi. Habis macam mana nak solat. Orang gila jer kalau terlebih was was. Gila tak wajib solat. Sifat melampau. Kalau tak tahu, tanya orang tahu. Inilah cara kita jaga agama kita. Kita kena beramal dengan ilmu supaya tiada penyelewengan dalam agama.
4 perkara ini mudah mudahan kita berusaha. Kita belajar dan mengakui kesilapan kita. Rahmat Rahmat Allah luas. Walaupun saya baru tahu. Betapa sayangnya Allah. Allah suka orang bertaubat. Jangan rasa kita terlambat. Jangan putus asa. Putus asa bukan sifat orang beriman. Mulia kita kerana niat kita nak jadi baik. Niat Kita nak ikhlas itu yang jadikan kita ikhlas. Keinginan saya nak kusyuk dalam solat yang menyempurnakan solat saya. Perbaharui niat dan azam. Niat itulah yang datangkan darjat dan pahala. Mulakan langkah lebih kemas dalam mualat dengan Allah. Perbaharui langkah. Ambil berat hubungan dengan Allah. Allah bagi peluang nyawa lagi. Bila Allah sayang kita, Allah bagi ruang untuk kita. Umur walaupun sedetik adalah rahmat. Mulakan dengan taubat, mulakan niat yang baik, mulakan dengan belajar dan mula bertanya.
hukum sedekah 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳解答
"Kisah Yang Menghidupkan"
Alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan lagi untuk join Program MDB With Youths "Heal & Grow" anjuran 5pages1day. Dan seperti biasa Datuk Dr Mohd Daud Bakar (MDB) akan membuat lontaran minda kepada peserta dalam lebih kurang 15 minit. Penulisan pada minggu ini agak panjang sikit kerana saya hanya memindahkan apa yang telah dikongsikan oleh MDB. Mudah-mudahan semua dapat melihat bahawa tugas MENULIS ini bukan tugas biasa-biasa, tugas orang yang luar biasa. Kerana ramai orang suka membaca mungkin, tetapi kalau tidak ada bahan bacaan, bagaimana manusia boleh membaca? Kata orang-orang motivasi, "tanpa buku ditulis, dunia akan sepi."
Dalam konteks kita kalau tidak ada ilmu dan buku yang ditulis, ilmu juga akan beku. Kita akan melihat suatu kejumudan, suatu kelesuan pemikiran sebab buku itu melambangkan pemikiran, melambangkan suatu gelombang pemikiran yang tinggi di kalangan penulis dan pembaca. Malah kadang-kadang pembaca lebih banyak berfikir daripada penulis dengan lontaran yang kita lontarkan.
Apatah lagi kalau buku itu adalah sebuah kitab yang suci seperti al-Quran yang pastinya sarat dan padat dengan mesej yang boleh ditafsirkan, yang boleh dikembang-kembangkan, boleh dianjal-anjalkan supaya menjadi makna dan gelombang yang sentiasa hidup dalam pelbagai lapisan dan dimensi kehidupan. Pada hari ini, MDB berkongsi berkenaan Surah Yusuf ayat 3:
نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ اَحْسَنَ الْقَصَصِ بِمَآ اَوْحَيْنَآ اِلَيْكَ هٰذَا الْقُرْاٰنَۖ وَاِنْ كُنْتَ مِنْ قَبْلِهٖ لَمِنَ الْغٰفِلِيْنَ
Terjemahan: Kami menceritakan kepadamu (Muhammad) kisah yang paling baik dengan mewahyukan Al-Qur'an ini kepadamu, dan sesungguhnya engkau sebelum itu termasuk orang yang tidak mengetahui.
Apa yang menarik perhatian MDB, bagaimana Allah S.W.T. mengibaratkan atau memberi suatu kualiti deskripsi yang menarik iaitu "Kami akan menceritakan ke atas kamu sebaik-baik Kisah." Maknanya dalam al-Quran ini, cerita ini suatu benda yang penting. Malah tidak keterlaluan jika disebut secara rambangnya 1/3 daripada al-Quran adalah cerita. Cerita itu merupakan satu keperluan kemanusian dan tidak ada manusia yang boleh menafikan bahawa cerita itu hanya relevan pada zaman dahulu. Cerita bukanlah bermaksud konten itu, tetapi cara pengceritaan itu. Manusia sentiasa suka untuk mendengar cerita, membaca cerita, malah difilemkan cerita kerana itu sifat manusia. Dan Allah S.W.T. menjadikan manusia ini pada pandangan MDB suka kepada pengceritaan.
Manusia ini adalah "the best story telling creatures". Manusia ini adalah sebaik-baik pengciptaan Allah untuk menceritakan dan mendengar cerita. Anak-anak kita kalau diceritakan, mereka suka mendengar cerita. Sebab itu di budaya Barat, mereka banyak melakukan cara Pendidikan melalui pengceritaan. Daripada kecil lagi cerita mimpi, cerita perjuangan, cerita visi, cerita masyarakat, cerita binatang telah diajarkan. Sebab itulah motivasi manusia untuk berfikir.
Dalam masyarakat kita di Malaysia, MDB bercerita tentang zamannya dahulu yang mana kita dilarang atau jangan bermimpi. Kita tidak digalakkan untuk melakukan satu imaginasi yang tinggi malah dijadikan dalam silibus Pendidikan, kisah angan-angan Mat Jenin. Tidak boleh angan-angan. Dianggap satu benda yang buruk dan negatif. Kalau kita angan-angan, kita ditegur oleh ibu bapa kita. "Hang ni kenapa duk berangan sangat, kenapa duk berkhayal sangat." Sedangkan angan-angan itu, khayalan itu adalah sifat manusia yang ada gelombang positifnya dalam masyarakat. Jadi, dalam konteks ini kita melihat bahawa cerita itu boleh disalurkan kepada membina mimpi dan impian. Kerana kalau nak bagi rasa semangat dengan fakta dan cerita biasa tidak boleh.
Jika kita nak buat buku motivasi, sekadar buku motivasi, tidak ada pengceritaan, ia tidak menarik. Malah dalam buku motivasi kesemuanya mesti ada case study, mesti ada clinical report, mesti ada pengalaman-pengalaman orang psikiatrik, orang psikologi, orang NGO, orang-orang Korporat yang membuat benda-benda yang luar biasa untuk memberikan motivasi kepada pembaca. Jadi dia punya "core focus" adalah sebuah cerita yang ingin dikongsikan bersama oleh Penulis kepada Pembaca.
Berbalik kepada Surah Yusuf, kenapa al-Quran ini cerita? Dan kadang-kadang kita rasa cerita dalam cerita, dalam bicara hukum-hakam yang serius dimasukkan cerita sekejap, kemudian keluar balik, kemudian masuk balik, mesti ada suatu mesej yang terlalu Agung, yang terlalu mulia yang mungkin frekuensi minda kita tidak boleh mendapat jawapan tersebut. "It's not the fault of the Quran, it's the fault of the Heaven, is the fault of ourself yang kita menggunakan frekuensi yang rendah untuk memahami suatu yang tinggi." Cerita Nabi Yusuf bukan biasa-biasa, sedangkan cerita ini "is the best story ever told in the Quran." Dari segi bahasanya, cara pengceritaannya, cara metaforanya, cara pemikiran futurisnya, cara pemikiran throwback/flashback, cara mesej dalam cerita, cara ketukan-ketukan hati dan minda semua ada dalam Surah ini.
Sebagai mengambil semangat ini, sudah tiba masanya kita "upgrade" ilmu al-Quran kita. Ada orang dia baru atau sedang belajar untuk membacanya. Baik dan teruskan. Ada orang pula dia sedang talaqqi dengan guru untuk memperelokkan bacaan. Bagus juga dan teruskan. Cuma saya nak mengajak diri saya dan pembaca sekalian untuk belajar ilmu Tadabbur al-Quran juga, mudah-mudahan kita bukan sekadar boleh baca tetapi memahami dan mengamalkannya. Tambahan lagi di Televisyen dan Media Sosial dah macam-macam Slot al-Quran ini. Sebagai contoh My Qurantime di TV Al-Hijrah, Pages Facebook Tadabbur Centre dan MDB sendiri ada Slot Tadabbur Al-Quran Secara Kognitif bersama Ustaz KAB setiap Sabtu jam 3 petang (hari ini). Tinggal mahu atau tidak sahaja. "Better late than never." 😃
Berbalik kepada Penulis Muda atau baru belajar menulis, jadi MDB melihat bahawa "Kisah" ini banyak faedah dan manfaatnya. Kalau nak menulis, jangan abaikan aspek ini walaupun kita mula dengan apa yang kita suka dahulu, bidang kita sama ada penulisan sastera, penulisan akademik, penulisan agama, penulisan saintifik, penulisan politik, kritikan dan sebagainya. Jangan lupakan aspek cerita-cerita dalam penulisan kita. Kerana al-Quran pun sarat dan padat dengan "Cerita". Jadi atas dasar itu, kita kena banyak baca buku-buku cerita dan novel. Ceritalah yang dapat merungkaikan segala-galanya.
Untuk menjadi penulis masa hadapan, kita mengambillah inspirasi daripada al-Quran, yang penuh dengan cerita dan kalau kita baca cerita al-Quran, buka minda kita. Kadang-kadang MDB rasa bahawa, (mungkin tidak betul), mesej yang tersirat di sebalik cerita itu, lebih hebat dan lebih berat daripada mesej yang disampaikan secara ayat yang berskala rendah, berfrekuensi rendah. Saya tidak katakan ada perbezaan antara ayat dengan ayat, tetapi dari segi cerita itu kita kena fikir dalam sikit. Contoh ayat berkenaan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. "Straight forward" dari segi pemahaman. Tetapi bila Allah bercerita mengenai Dzulkarnain, Teknologi Dzulkarnain, tentang tawaran kaum Dzulkarnain, jadi kita baca cerita ini, kita kena lebih fikir dalam sikit supaya dapat mesej daripada cerita.
Jadi "Cerita" ini bukan mudah. Nak tulis pun payah, nak faham pun payah. Itulah satu aspek penulisan yang kita rasa kita kena kembali semula membuat suatu penulisan untuk anak-anak kita yang kecil lagi, 3 tahun, 4 tahun sampailah mereka jadi dewasa dan peringkat zaman sekarang dengan kegawatan ekonomi, politik, sosial, kita kena banyakkan pengceritaan kepada masyarakat. Mereka ini tidak suka baca buku yang berat, buku-buku yang akademik, tetapi untuk masyarakat biasa, orang biasa tidak kira umur, pangkat dan kedudukan, mereka lebih suka membaca buku bertema tinggi tetapi dibuat dalam bentuk novel, buku-buku cerita yang pelbagai bentuk.
Sebagai akhirnya, mudah-mudahan dengan pengisian ini, kita jadilah skill untuk menulis sebuah cerita itu, suatu skill yang ada dalam semua penulisan kita. Dalam cerita itu ada pengajaran. Dalam semua buku motivasi yang kita baca mesti ada cerita tentang pengalaman, cerita pengkajian makmal, cerita pengkajian medan, pengkajian lapangan untuk menjadikan sebuah buku itu lebih lunak dibaca, lebih mencabar minda, dan boleh menjentik perasaan kita. Apa guna tulis buku kalau tidak dapat menjentik minda, perasaan, jiwa dan ruh pembaca kita. Jadi kita kena berusaha lebih kuat lagi, jangan give up, long way to go, banyakkan pembacaan buku-buku yang lebih berjaya daripada kita dan minta Allah S.W.T. ilhamkan kita dan berikan kita keseronokan membaca pagi, petang dan malam untuk kita menulis. Bukan untuk menjadi orang hebat, orang masyhur, tetapi menjadi seorang penulis yang memberikan impak kepada minda, ruh dan jiwa pembaca kita.
Itulah yang kita harapkan supaya setiap perkataan yang kita tulis itu menjadi wakaf untuk kita, sedekah jariah yang akan berterusan sampai bila-bila, sampai kita dibangunkan di Padang Mahsyar. Dengan syarat kita ikhlas menulis. Kita menulis kerana Allah S.W.T. Kita menulis kerana nak mengubah masyarakat. Penulis adalah Perubah Masyarakat. Saya kongsikan gambar Novel "Diari Seorang Amil" karya Ustaz Hamizul Abdul Hamid dalam penulisan ini kerana buku ini antara yang terawal saya baca semasa saya mula bekerja di PPZ-MAIWP. Bagi saya kisah pengalaman Ustaz Hamizul sebagai sebagai seorang "Amil Zakat" telah banyak menginspirasikan saya untuk terus berada dalam bidang ini dan mudah-mudahan sehingga hujung nyawa. Mungkin selepas ini akan diceritakan kisah-kisah Pembayar Zakat untuk inspirasi bersama. Nak rasa nikmatnya BERZAKAT? Bayarlah dahulu, KITA akan rasa sendiri. Sekian....
#5pages1day
#mdbwithyouths
-
Ditulis oleh Ahmad Zulfadzli
hukum sedekah 在 Ustaz Azhar Idrus - Kecelakaan Berutang Dan Hukum ... 的推薦與評價
Kecelakaan Berutang Dan Hukum Sedekah Orang Yang Tidak Membayar Hutang Dari Ibnu 'Umar r.a. Nabi saw bersabda : مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ دِينَارٌ أَوْ... ... <看更多>
hukum sedekah 在 Hukum Sedekah dengan Uang Digital? | Sahabat Ngegas 的推薦與評價
Sahabat pernah nggak bersedekah, tapi setelah itu di-upload ke sosial media?Nah, kira-kira dalam Islam boleh nggak, ya? ... <看更多>