Saya menyediakan rendang pedas ayam kampung versi Bonda Mertua saya untuk dimakan dengan pulut kuning. Resepi ada dikongsikan dalam buku resepi edisi 1, Resepi Azie Kitchen. https://www.aziekitchen.com/2021/02/rendang-pedas-ayam-kampung.html
.
Saya sebenarnya terkesan dan teringat ingat dengan perbualan dengan Puan Zaliha, seorang follower saya malam tadi. Beliau telah membeli set kombo buku saya. Semalam beliau menulis mahu membeli 3 set kombo untuk 3 anak perempuan yang telah berrumahtangga dan tinggal berasingan.
.
Katanya supaya bila dia dah tak ada, adalah kenangan yang ditinggalkan untuk anak. Lagi supaya anak anak boleh pelbagaikan masakan mereka untuk keluarga. Katanya anak anak bersekolah di asrama, tak sempat untuk belajar memasak.
.
Apa yang membuatkan saya sebak ialah seorang ibu sentiasa prihatin dan ingin yang terbaik untuk anak anak walaupun mereka telah dewasa dan berumahtangga. Kasih ibu sampai bila bila.
.
#hadiahkanbukuresepiuntukilmubermanafaat
#bukuresepiaziekitchen
#bukuaziekitchenhebatdidapur
#resepiaziekitchen
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過19萬的網紅Azie Kitchen,也在其Youtube影片中提到,Detail recipe, please click my blog link at http://www.aziekitchen.com/2018/12/kalio-ayam-masakan-minang-yang-sedap.html Please follow me at : Instag...
masakan ayam azie kitchen 在 Facebook 的最讚貼文
Harga untuk resepi Kuzi Ayam Kelantan dari kelas masakan ini bernilai RM100. Resepi boleh buat berniaga yang sangat sedap.
.
Sangat rugi jika anda tidak memiliki buku resepi Azie Kitchen, Hebat Di Dapur ini kerana harga untuk resepi ini tidak sampai pun RM2.00.
.
Peluang sekali sahaja. Bila habis, tiada lagi. Tidak seperti mana buku buku di kedai buku.
Untuk order, DM @aziekitchen atau WhatsApp dengan klik di https://wa.me/message/D4J2PALJCTBZD1 Jom pakat share.
.
#resepiaziekitchen
#bukuresepi
#bukuresepiaziekitchenhebatdidapur
#buku101resepidariaziekitchen
masakan ayam azie kitchen 在 Azie Kitchen Blogger Facebook 的最讚貼文
Saya tidak pasti dengan orang lain. Tapi saya memang dari zaman sekolah, menpunyai hobi mengumpul resepi sedap yang saya makan dan rasai sendiri. Setiap kali merasai makanan yang sedap, saya akan berusaha untuk menghubungi orang yang memasaknya sendiri.
.
.
Sebenarnya tidak mudah untuk mendapatkan resepi ketika itu. Hatta sekarang pun. Cuba perhatikan di Instagram, ramai bangsawan, kenamaan, selebriti yang berkongsi gambar masakan. Ramai yang menulis di bahagian komen seperti share resepi please, DM resepi dsb. Tapi tuanpunya instagram tidak akan layan atau respond pun.
.
.
Saya sendiri bila minta resepi turun temurun dari kawan kawan, diberitahu yang beliau dipesan oleh emak mereka supaya tidak share resepi. Siapa pernah alami situasi seperti ini?
.
.
Ada banyak resepi dalam buku masakan saya 101 Resepi Dari Azie Kitchen yang saya dapat setelah berbelas atau berpuluh tahun berusaha mencari dari orang yang menyediakan masakan tersebut. Contoh ayam percik, mee sup istimewa, kuah kacang dengan ayam dan banyak lagi. Saya sangat sayangkan resepi resepi tersebut. Jadi saya abadikannya dalam buku supaya kekal selamanya.
.
.
Sangat rugi mereka yang tidak membeli buku masakan saya. Apa lagi jika anda bertangguh tangguh sehingga kehabisan stock. Buku yang terhasil kerana cinta. Harganya pula sangat murah. Saya menyimpan banyak buah untuk anak anak, menantu dan cucu saya juga. Nak beli tak payah ke kedai buku, kos lagi mahal. Kos minyak, tol, parking dsb. Kalau boleh beli direct dengan saya, buat apa nak ke kedai. Betul tak?
.
.
Inilah cerita saya hari ini. Cerita semasa ketika negara melaksanakan perintah kawalan pergerakan.
.
.
#kalauhabisjangankatasayatakpayung
#stokterhad
#101resepidariaziekitchen
masakan ayam azie kitchen 在 Azie Kitchen Youtube 的最讚貼文
Detail recipe, please click my blog link at http://www.aziekitchen.com/2018/12/kalio-ayam-masakan-minang-yang-sedap.html
Please follow me at :
Instagram
aziekitchen
FB page
Azie Kitchen Blogger
Please be mindful, those who have left negative and inappropriate comments will be blocked from my channel.