Posted @withregram • @nadiralnuri Sedih juga gambar ni pun ada yang pertikai, kata nak menunjuk amalan, solat di tempat tak sesuai.
.
Ada yang sudah respon dan maklumkan bahawa mereka memang sedang memasang paip di kawasan tersebut jadi mereka ambil peluang selesaikan solat di mana mereka berada. Islam itu mudah kan.
.
Pandangan saya, kerja-kerja kebajikan memang kena diadun dengan elemen 'adventure' dan keseronokan. Sebab yang terlibat ini orang muda, kadang-kadang dari pelbagai latar belakang dan perwatakan.
.
Nanti mereka balik bercerita dengan kawan-kawan mereka, kami ke Kedah dengan brother hari tu, sembahyang dalam sungai, seronok gila! Maka ramai lagi akan berminat nak ikut dan bantu.
.
Begitu pengalaman saya bersama Tentera Merah ini ketika berada di Sabah sebelum ini. Memang kami sengaja masukkan elemen 'adventure' nak bagi budak-budak minat nak join.
.
Kami meredah hutan rimba, berjalan kaki masuk ke tempat perkhemahan berbelas kilometer, mengharung sungai dan berkhemah di bawah hujan lebat. Makan nasi mentah dengan sardin sambil air hujan menitik masuk pinggan. Potong buluh untuk buat atap.
.
Sampai sekarang saya terikat dengan anak-anak remaja ini dan yang mereka ingat ialah aksi-aksi mencabar ini, bukannya isi ceramah dan daurah.
.
Kalau tak suka PAS lantaklah. Tolak elemen politiknya. Tetapi elemen dakwah, elemen pembangunan insan, elemen tarbiyyah yang ada padanya perlu didokong.
.
Ucaplah alhamdulillah, di dunia yang penuh merosakkan ini, di zaman yang semakin mencabar ini, ada juga ruang untuk anak-anak kita berdakwah dan ditarbiyyah.
.
Yang banyak sangat komplen ni seru suruh berlatih dengan Qass*m je, nak tengok berapa minit bertahan.
同時也有3部Youtube影片,追蹤數超過8萬的網紅NgektsaiArmy Official,也在其Youtube影片中提到,Salam Ramadhan ? . Terlebih dolok i want to apologize mun sekiranya video tok mengakibatkan uneasy feeling semasa menontonnya. Never did i mention nok...
「sembahyang islam」的推薦目錄:
- 關於sembahyang islam 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於sembahyang islam 在 Facebook 的最佳解答
- 關於sembahyang islam 在 Lee Hsien Loong Facebook 的最佳貼文
- 關於sembahyang islam 在 NgektsaiArmy Official Youtube 的最佳解答
- 關於sembahyang islam 在 NgektsaiArmy Official Youtube 的最佳解答
- 關於sembahyang islam 在 David Teo Youtube 的最佳貼文
- 關於sembahyang islam 在 Sembahyang islam tiru sembahyang nabi isa(YAHUDI) 的評價
- 關於sembahyang islam 在 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - JAWI - Facebook 的評價
sembahyang islam 在 Facebook 的最佳解答
“Ah Sang ah sang (panggilan keluarga dan saudara kepada saya), awak di mana? Makcik makcik awak semua dah call Ah Woon Sok Sok (Sok Sok adalah pakcik dalam kantonis) dari pagi sampai sekarang (2 petang 15 Ogos) tak dijawabnya”, hantar ‘voice note’ dari ibu saya kepada saya dengan suara sebak.
Saya menjawab voice note; “Saya ada je di rumah baru habis satu online meeting. Saya akan ada lagi online meeting pukul 3 & 4pm. Kalau dah call lama tak jawab tu, kena minta pakcik yang duduk Jinjang untuk pergi atau Ah Gor (abang saya) untuk pergi.”
Ibu saya menjawab; “Aiya, pakcik tu kata dia sibuk dan abang awak pula kerja.”
Hati saya mula rasa tak sedap. Saya voice note ibu saya; “Ok la takpe la. Selepas saya mandi & solat. Saya akan bergerak ke rumah lama (di Jinjang Utara) untuk tengok keadaan Sok Sok (pakcik).”
Saya segera mandi, solat dan bergerak menuju ke rumah lama kami di Jinjang Utara, rumah di mana Sok Sok saya duduk seorang diri. Beliau bujang, tidak pernah berkahwin, tidak merokok, tidak minum arak & pakcik sebelah bapa saya yang paling baik dengan kami sebagai sanak saudara.
Sewaktu arwah nenek masih hidup & tidak mampu bergerak aktif, dialah yang belikan makanan atau masak, suapkan nenek, cuci baju, mandikan nenek dan segala keperluan nenek dialah yang menjaganya.
Saya keluar dari parkir rumah dan saya terima mesej dari kakak saya. Rupa-rupanya abang & kakak saya telahpun sampai ke rumah lama. Abang saya sengaja ambil cuti separuh hari untuk tengok keadaan Sok Sok. Kakak menghantar satu gambar kepada saya. Hati saya berdebar-debar.
Selesai download, kelihatan gambar Sok Sok kami terduduk di atas sofa ruang tamu. Saya berhentikan kereta seketika dan tengok gambar tu betul-betul. Kemudian saya call kakak saya;
“Jie, Sok Sok dah takde dah”
Kakak saya tanya, “macam mana you tau?” Saya kata berdasarkan cecair hitam yang ada di atas sofa yang Sok Sok duduk tu & mata serta mulut dia. Kakak saya mula sebak dan menangis.
Saya beritahu kepada kakak, “Jie, sekarang ni awak dan Ah Gor jangan sentuh dia. Keluar dari ruang tamu. Call 999 untuk ambulans datang dan check untuk sahkan. Saya pula akan call balai polis. Tolong sanitise diri awak dan Ah Gor”
Perjalanan 15 minit terasa amat lama untuk sampai ke Jinjang Utara. Saya parkir kereta di depan rumah jiran. Saya masuk tengok keadaan Sok Sok & saya bagitau sekali lagi kepada kakak & abang bahawa Sok Sok dah meninggal.
Dia dah tak bernafas melihat keadaan perut dia yang tak kembang kempis isyarat dia tidak lagi bernafas. Kakak menitiskan airmata. Saya faham perasaan dia. Saya menahan emosi saya untuk menenangkan keadaan. Saya perlu tenang menghadapi keadaan ini.
Saya minta kakak & abang saya jangan bagitau apa-apa dulu kepada IbuBapa kami untuk jaga kesihatan mereka tetapi mereka dah hantar gambar Sok Sok kepada mereka.
Ambulan tiba 15 minit selepas saya sampai. Kami ceritakan keadaan pakcik dan pegawai KKM masuk dan periksa Sok Sok & beliau mengesahkan bahawa Sok Sok telah tiada. Ketika pegawai menulis ‘rekod perkhidmatan respon ambulan’ dan menandakan;
‘Rigor mortis (irreversible body rigidity in all joints)’ kerana mayat telah kaku.
Jiran rumah juga terkejut bila diberitahu Sok Sok telah meninggal kerana dia masih nampak Sok Sok petang semalam (Sabtu 14 Ogos). Jiran seberang juga mendekati kami dan bertanya. Mereka berdua terus bakar colok dan sembahyang setelah mengetahui Sok Sok telah meninggal dunia.
Saya membawa kakak saya ke balai polis Jinjang Utara sementara abang saya menunggu menjaga mayat Sok Sok di rumah. Waktu itu, panggilan tidak henti kepada kakak saya dari pakcik & makcik. Kesemuanya enggan datang menjenguk mayatnya buat kali terakhir.
Pelbagai alasan diberikan. Tak boleh merentas daerah dan sebagainya tetapi Sarjan Farhan memberitahu kepada mereka menerusi ‘speaker’ bahawa mereka boleh merentas negeri apatahlagi daerah dengan adanya laporan kematian ini tetapi mereka masih memberikan alasan.
Ketika Sarjan Farhan bertanya kepada kakak keadaan Sok Sok, kami menceritakan bahawa kamilah yang uruskan dia untuk mengambil vaksin atas permintaan beliau kerana beliau tak guna smartphone. Kami daftarkan.
Malahan kali pertama dia pergi untuk mengambil vaksin pada 16 Julai, saya yang pesankan Grab Car untuk menghantar beliau ke sana dan balik ke rumah kerana IbuBapa saya, kakak, abang & dua anak saudara saya kesemuanya positif COVID & kuarantin di rumah pada waktu itu.
6 Ogos dia menerima dos yang kedua dan beberapa hari selepas itu, dia ada memberitahu kepada ibu saya bahawa kaki dia sakit sehingga dia terpaksa berjalan menggunakan tongkat.
Kami meminta nasihat Sarjan Farhan apakah relevan untuk kami meminta bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian dia kerana Sok Sok seorang yang sihat, takde sejarah penyakit kronik dan walaupun usianya 66 tahun tetapi kalau lihat fizikalnya seperti orang berusia awal 50an. Sarjan Farhan setuju & kami meminta bedah siasat.
Setelah selesai laporan polis, seorang pakcik menghubungi saya untuk meminta kami membantu uruskan jenazahnya. Saya bertanya; “kenapa tak nak datang jenguk? Kalau awak busy, takkan anak-anak awak tak boleh datang? Kami bertiga yang anak saudara pun boleh sampai takkan awak sebagai adik beradik tak boleh?”
Pelbagai alasan diberikan dan akhirnya dia memberitahu saya;
“Okla saya nak bagitau terus terang. Saya baru ambil dos kedua ok. Saya takut mati. You all uruskan ok. Cari keranda yang murah murah & upacara simple sudah la. Kami takde duit sangat dah waktu pandemik ni takde kerja.”
Saya jawab;
“Saya Muslim, saya tak tahu berapa harga baru dikira murah. Kami Muslim murah aje. Dalam ratus sahaja. Kalau keluarga takde duit, masjid surau boleh bantu bayar.”
Kemudian dia memaki hamun saya dengan perkataan kesat dan dia menamatkan panggilan.
Kami sampai di rumah lama untuk menunggu pihak polis & PKD sampai untuk mengambil mayatnya untuk bedah siasat. Abang balik rumah untuk mandi dan Alhamdulilah, salah seorang makcik yang pada awalnya tidak mahu datang tetapi akhirnya telah datang bersama anaknya untuk melihat Sok Sok.
Pihak polis yang telah siap memakai PPE masuk ke rumah & mengambil mayat Sok Sok diletakkan dalam beg mayat & kemudian rumah disanitasi & mayatnya diletakkan di kereta Black Maria polis.
Bagi mengelakkan kecurian, polis mengizinkan kami untuk masuk dan ambil dokumen serta barangan berharga milik Sok Sok. Bila kami lalu di meja makan bersebelahan bilik Sok Sok, kakak perasan ada maggi sup yang belum habis dimakan.
Sebenarnya bukan tidak habis dimakan malahan Sok Sok mungkin baru makan sesuap dua dan kemungkinan ketika beliau sedang makan lalu beliau merasa kurang sihat lalu pergi duduk di sofa di ruang tamu tempat mayatnya ditemui. Maggi masih belum mengembang seolah-olah baru beberapa jam dimasak.
Tengahari Selasa 17 Ogos, mayatnya akan dibakar dan kemudian abunya akan ditaburkan ke lautan sebagaimana permintaan pakcik & makcik semua. Simpanan duit tunai yang kami temui di peti simpanannya InshaAllah mencukupi untuk membayar segala kos pengurusan mayatnya.
Antara semua pakcik sebelah ayak, pakcik inilah yang paling mesra dengan kami. Mesra, gaya hidupnya sihat. Suka bergurau. Pakcik saya ini juga menonton rancangan Tetamu Masjid China di mana saya menjadi pengacaranya. Perbezaan agama antara saya dengan dia bukan alasan untuk tidak berbuat baik kepadanya apatahlagi menguruskan mayatnya selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
Kekesalan saya cuma satu, saya tidak sempat meluangkan masa yang banyak untuk berdakwah kepada beliau. Semoga Allah ampunkan kekurangan diri saya.
Rumah di Jinjang Utara inilah tempat saya membesar. Di rumah inilah kami lima sekeluarga tidur dalam satu bilik. Di rumah inilah saya menunggan basikal tiga roda Lerun kemudian jatuh dalam longkang dan pengsan. Di rumah inilah sewaktu zaman kanak-kanak, saya tanpa malu mandi air yang diisi dalam tembikar di luar rumah.
Banyak memori suka & duka di sana. Di rumah inilah kami akan berkumpul setiap musim perayaan ketika nenek masih ada. Hatta setelah ketiadaan nenek, Sok Sok inilah yang menjaga rumah ini dan kami tetap pulang ziarah.
Kini dia telah tiada. Suasana pastinya akan sangat berbeza. Kemeriahan sudah tidak lagi dirasai setelah kemesraan sudah lama menipis sesama kami sanak saudara. Yang rapat mungkin boleh dibilang dengan jari.
Subscribe Telegram Channel saya di https://t.me/brofirdauswong
sembahyang islam 在 Lee Hsien Loong Facebook 的最佳貼文
Selamat Hari Raya Aidiladha!
Muslims in Singapore have made many adjustments to their religious practices and celebrations due to the pandemic. This year again our Muslim friends are unable to perform their Haj pilgrimage, and local mosques have to arrange the Korban rites overseas.
Nevertheless, the spirit of Aidiladha remains. Glad that this Hari Raya Haji, more congregational spaces for Aidiladha prayers were opened up, with Pre-Event Testing and vaccination requirements.
If you plan to go visiting today, please comply with the restrictions on gatherings and visits, and the safe management measures. And do encourage your family members, especially the older ones, to get vaccinated if they have not.
As we move towards the new normal, let us all continue to be socially responsible and do our part to keep our community safe.
Here’s wishing all Muslims a blessed Aidiladha! – LHL
----
Selamat Hari Raya Aidiladha!
Umat Islam di Singapura telah membuat banyak penyesuaian terhadap amalan keagamaan mereka dan juga sambutan perayaan ekoran wabak COVID-19. Tahun ini sekali lagi, rakan-rakan Muslim kita tidak dapat menunaikan ibadah Haji, dan masjid-masjid setempat terpaksa melaksanakan ibadah Korban di luar negara.
Namun begitu, semangat Aidiladha tetap teguh. Gembira kerana pada Hari Raya Haji kali ini, masjid-masjid menyediakan lebih banyak ruang untuk sembahyang Aidiladha, dengan syarat Ujian Pra-Acara diadakan dan jemaah sudah divaksinasi.
Jika anda berkunjungan atau menerima tamu hari ini, sila patuhi peraturan perhimpunan dan lawatan, serta langkah-langkah pengurusan selamat. Dan galakkan keluarga anda, terutamanya warga emas untuk mendapatkan vaksin sekiranya masih belum.
Sambil kita melangkah ke arah kebiasaan baru, mari kita semua terus bekerjasama menjalankan tanggungjawab sosial dan memainkan peranan kita untuk menjaga keselamatan masyarakat. – LHL
sembahyang islam 在 NgektsaiArmy Official Youtube 的最佳解答
Salam Ramadhan ?
.
Terlebih dolok i want to apologize mun sekiranya video tok mengakibatkan uneasy feeling semasa menontonnya. Never did i mention nok aku tok bagus sekda molah dosa, sik... aku sangat pendosa kedak kawu, kita sama, bukan maksum. Dgn dosa nok banyak di bahu tok, aku molah video tok sebagai imbang tara balit pakei memberatkan bahagian pahala di bulan berkat tok.
.
Rasa “terpanggil” nak molah video tok adalah kerna nangga video si adek2 porok influencer nok molah live madah dirik sik posa ya. I have never nak memberik publisiti pada benda tok sebelom tok kerana rasa membuang masa dgn level knowledge nya yg maseh keanakkan sesuai dgn rupanya. Tapi menilai dari segi netizen menonton apa yg disampaikannya, adalah timbul rasa gusar, takut netizen ikut jahil sekali bersamanya.
.
Nya nak memondan, nak drag, nak membahasa dirik nya sis ka apa ka, ya hal nya. Nya sik maok nak posa kah ya hal nya. Tapi sik perlu nya nak madah ngan urang nya sik posa. Hujah2 pun kedak hujah org sesat jak. Ngektsai sik maok urg kita sitok jahil kedaknya. Biar urg madah kita diam atas pokok, jgn jahil jak. Zaman jahiliah dah lamak berlalu, sik tauk pun maseh wujud masyarakat ya kinek.
.
Nisik kah malu ngan dirik madah sik posa? Kmk dolok masa kecik mun sik posa, bertapok malu takut kantoi diselak urang. Miak kinek kebanyakan nisik pemalu agik. Sekaligus memberik gambaran giney keadaan sekeliling nya membesar, famili etc. Even sidak rompuan atang haid sekalipun malu nak madah sik bposa tukkan urang laki, nok sekda alasan konkrit utk membolehkannya sik berposa!
.
Bak kata urg nganok, “molah dosa, tapi semayang, sik guna!” Pok, kerana kita berdosa lah kita sembahyang, nak membetulkan laluan nok udah salah. Tuk sik, makin salah, terus makin sesat! Kelak ditalo pandei njawab! Dikata tuyuk, alu manas! Malulah utk mak bapak kawu, lain la mun kawu keluar dari perut binatang.
.
Tikompun lah sia. Aku sik kalak madah aku bagus gilak, sikboh diikut2... Apa nok bagus, ekot! Nok sik bagus, diat k mata jak.
.
#ngek
#ngektsai
#ngektsaiarmy
.
Ps : posa ya Rukun Islam pok, ilmu asas. Sik kalak belaja ka? Sekolah ke tak? Ngaruk palak ku ngenang. Apaka tuyuk...
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/2kZ3vhE-Uzo/hqdefault.jpg)
sembahyang islam 在 NgektsaiArmy Official Youtube 的最佳解答
Salam perey! ?Mintak jasa bait Ngektsai Army klik share utk event tok lok. Dan mun boleh, bacalah info menarik pasal event n tempat tok di bawah!
.
Bukak taun 2008, toklah pertama kali Ngektsai menjejak kaki di Islamic Information Kuching di simpang tiga sia. Wujud juak tempat best mcm tok. First Ngektsai masok sitok dah kaget dgn keunikan seni binanya nok menggabungkan seni dari pelbagai bangsa. Cina, Iban, Bidayuh, Melayu, India... kacak lah tempat tok.
.
Nok best nya nya ada auditorium, galeri Al-Quran, kelas, dewan utk apa2 aktiviti mcm persandingan pun ada! Boleh usha2 dewan sitok n kemudahan lain yg disedia sidak! Tempat tok ada sembahyang jumaat bagi nok muslim, and nok best nya khutbah jumaat sidak makei byk bahasa saban minggu! Dialek iban, melayu, and mostly English! Kenak? Kerana sidak mualaf(mereka yg memeluk islam) banyak bertumpu d sitok utk mendengar khutbah n mendapatkan bimbingan!
.
Apa yg molah Ngektsai lebih amazed adalah kerjasama iic tok dengan organisasi lain, Cina, Hindu, Kristian, Sikh dan sebagainya! Oh indahnya tanah airku!!!
.
So jangan lupak support event sidak, Sarawak Islamic Creativity & Innovations Festival 2017 pada 17-19 Nov 2017 bertempat di Plaza Merdeka, pagi sampei petang pada setiap tarikh ya tek! Banyak aktiviti seperti yg Ngektsai mention dlm video! Mbak anak2, bala kampong kita ngaro aktiviti nok sihat mcm tok! Banyak info boleh kita dapat! Ada pameran ngan jualan kraftangan juak, selain persembahan dan bengkel2 ilmiah yg disediakan sepanjang festival!
@iicsarawak
@iicsarawak
@iicsarawak
.
#ngek
#ngektsai
#ngektsaiarmy
.
Ps : rindok bah ada agensi mcm tok nok menggabungkan agama n bangsa kita bekerjasama molah event n program! Jum support, mun nisik kita sapa lagik?! ?
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/gzwO88svysc/hqdefault.jpg)
sembahyang islam 在 David Teo Youtube 的最佳貼文
Sebuah filem yang menyentuh isu kerosakkan akhlak di kalangan remaja dan mengupas ragam kehidupan gadis-gadis zaman sekarang yang bebas dewasa tanpa bimbingan ibubapa yang terlalu sibuk mencari wang bagi menyara kehidupan. Aleesya, Sofea dan Hani merupakan tiga rakan rapat yang mempunyai latarbelakang keluarga yang berbeza. Masing-masing juga mempunyai pandangan berbeza tentang Islam, berdasarkan cara mereka dibesarkan oleh ibubapa masing-masing. Aleesya mempunyai didikan agama yang asas -- boleh mengaji dan tahu sembahyang. Namun, membesar dalam persekitaran yang serba moden dan sosial menyebabkan beliau leka pada tuntutan agama. Sofea pula dibesarkan tanpa didikan agama, lantaran ayah beliau seorang 'mat salleh' yang menganut Islam kerana mahu berkahwin dengan seorang Islam. Sofea dibesarkan dalam suasana serba kebaratan, Sofea tidak tahu solat dan tak tahu mengaji. Hidupnya penuh dosa dan noda sehingga dia kurang tenang walaupun mempunyai segala-galanya. Hani pula membesar dalam keluarga yang susah. Beliau kurang didikan agama lantaran ibubapa yang terlalu sibuk mencari sesuap nasi untuk mereka sekeluarga. Hani senantiasa menyalahkan ibubapanya dan adakala salahkan Tuhan kerana tidak mengubah nasib beliau sekeluarga. Untuk hidup senang, beliau mengambil jalan mudah, menjadi pengedar dadah secara kecil-kecilan dan menjerumus dalam hidup penuh noda, dunia yang mana semuanya 'halal'. Hani mendapat bekalan dadah daripada teman lelakinya, Zachery, yang merupakan ketua pengedar dadah di kawasan flat tempat tinggalnya. Perbezaan pandangan mereka tidak menghalang persahabatan mereka bertiga sehingga kemunculan Firdaus, sepupu Aleesya yang warak. Firdaus pentingkan hukum Tuhan dan beliau sedar, sebagai seorang Islam yang berpendidikan, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendidik saudara Islam yang terlencong. Firdaus yang berasal dari kampung, datang ke Kuala Lumpur untuk mengikuti kursus keusahawanan, dan menumpang di rumah bapa saudaranya yang juga bapa kepada Aleesya.
Menyedari Aleesya hilang arah, Firdaus sering menegur tindak tanduk Aleesya, menyebabkan Aleesya amat membenci Firdaus kerana terlalu 'menjaga tepi kainnya'. Namun, kehadiran Firdaus mulai mengubah diri Sofea yang mencari ketenangan. Sofea yang sudah puas hidup tanpa agama, menemui ketenangan apabila berkawan dengan Firdaus. Menerusi Firdaus, Sofea belajar tentang Islam dan mulai menyintai agama yang selama ini, sekadar status di kad pengenalannya. Kemesraan antara Firdaus dan Sofea, menyebabkan Sofea mula renggang dari Aleesya dan Hani. Sofea yang mahu Aleesya berubah mulai dimusuhi Aleesya yang menyangka Sofea berlakon untuk meniduri Firdaus. Apabila Sofea mengikut Firdaus ke kampung, bagi mendalami Islam tanpa gangguan, Aleesya semakin liar dan mula hilang pertimbangan sehingga sanggup mengikut Hani ke dalam dunia 'pil khayal dan parti seks bebas'. Semasa mengikuti sebuah parti seks yang dianjurkan oleh Zachery, Aleesya 'hilang dara', menyebabkan beliau tersedar dari kebodohannya. Hani yang sudah lama 'hilang dara' cuba tenangkan Aleesya dan memberitahunya, pada zaman sekarang, dara tidak penting. Menyedari beliau bukan dara lagi, Aleesya yang hilang maruah, mengambil keputusan untuk bertaubat dan mendekatkan diri dengan Allah. Beliau meminta bantuan Firdaus untuk mendidiknya juga menyelamatkan maruahnya dengan cara menikahinya. Aleesya ditemani Hani, pergi ke kampung Firdaus. Permintaan Aleesya menyebabkan Firdaus berada dalam dilemma, kerana Firdaus yang sudah tertarik pada Sofea, berjanji mahu mengahwini Sofea. Sofea pula memberitahu Firdaus bahawa walaupun dia hidup tanpa agama, dia masih dara kerana dia berpegang pada pegangan bahawa, 'mahkotanya' hanya untuk seorang lelaki yang boleh mendidiknya menjadi isteri yang baik.
Bagaimanakah kesudahannya, filem terbitan Metrowealth (MIG) "AKU MASIH DARA" akan menemui peminat filem Malaysia tidak lama lagi.
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/LQrmXuk8lm0/hqdefault.jpg?sqp=-oaymwEbCKgBEF5IVfKriqkDDggBFQAAiEIYAXABwAEG&rs=AOn4CLBzK5jReUZz48jg4s6WKu8YOG2lCA)
sembahyang islam 在 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - JAWI - Facebook 的推薦與評價
KEWAJIPAN SEMBAHYANG 5 WAKTU Riwayat : Bukhari Kategori : Ibadah Hadis : Dari Anas r.a katanya, "Rasulullah SAW telah bersabda, (Selain dari apa yang... ... <看更多>
sembahyang islam 在 Sembahyang islam tiru sembahyang nabi isa(YAHUDI) 的推薦與評價
ow did Jesus pray? Based on the article "Did the Jews pray as Muslims do ? ... <看更多>